5 Tips Belajar Yang Berkesan Untuk Diamalkan Oleh Para Pelajar
Assalammualaikum .Seringkali kita tercari cari bukan tips belajar yang berkesan ?Mana tidaknya , dah rasa diri ini bertungkus lumus belajar pun masih tak dapat keputusan yang memuaskan .Entah di mana silapnya , tak dapat anda ketahui bukan ?Jeles tengok kawan kawan yang dapat result excellent ?Jangan risau !Belum terlambat untuk anda berubah .
Ketahuilah , tips ini telah saya sendiri amalkan dan rasai penangannya .Cehwahh .Hahaha .Harap bermanfaat ya :)
Cara Yang Betul Untuk Belajar
1.Betulkan niat
Tekankan betul betul .Niat kita belajar biar kerana Allah . Mungkin ramai yang tak tahu apa maksudnya belajar kerana Allah .Mari saya terangkan .
Kita belajar , menuntut ilmu untuk membantu orang lain . Untuk membantu orang yang dalam kesusahan . Untuk belajar tentang sesuatu yang baru . Untuk mensyukuri nikmat Allah dan juga untuk mencari keredhaan Allah .Itulah niat yang sebenar benarnya.
Jangan hanya belajar untuk grades ya , atau untuk anugerah atau apa apa sahaja .Kalau kita utamakan Allah dalam kehidupan kita , In Sha Allah Allah akan permudahkan segalanya untuk kita .
2.Buat nota sendiri
Saya sarankan apa kata anda beli buku tulis yang dekat kedai tu .Asingkan ikut subjek ya . Lepas tu time dalam kelas atau kuliah tu , catat semua benda dalam tu . Saya kurang galakkan anda untuk gunakan testpad ketika dalam kelas . Sebab kalau saya biasanya separuh daripada tetspad tu saya akan guna untuk melukis .Hehe.
Tapi kalau nak guna kertas A4 atau testpad untuk membuat nota , make sure simpan dalam fail dalam keadaan yang teratur okey ?
3.Buat latihan dan kerja rumah
Benda ini pun memang wajib anda buat !! Dulu saya memang pemalas nak buat homework (time zaman form 5) hehe . shh. Tapi penangan dia aduhai,memang meleleh air mata nak catch up balik tau .Ada sebabnya kenapa cikgu bagi kita latihan , homework , sebab biasanya itulah dia bentuk soalan , ataupun soalan ramalan yang akan keluar exam , In Sha Allah .Mostly , 90% of it really comes out in exam .
Dan dari latihan dan homework jugalah anda akan belajar dari kesilapan . Anda lebih terbuka dengan mana mana jenis soalan yang diberi . Siapa yang untung ??Cikgu ataupun anda ??
4.Fokus dalam kelas
Kalau anda tak fokus dalam kelas , nak belajar sendiri jangan lah harap . Pemahaman yang cikgu anda beri sangat berbeza dengan apa yang rakan anda beri dan juga apa yang diri anda kaji sendiri .
Ramai yang saya lihat, termasuklah juga dengan diri saya yang sentiasa leka ini ,
"Tak apalah , nanti aku catch up sendiri."
Masya Allah , say no no no !!
5.Ulangkaji yang secukupnya
Okay. Benda ni pun memang wajib anda buat . Kenapa ? Sebab , dalam kelas kita tak berapa nak faham sangat dengan apa yang madam atau cikgu kita ajar . Macam mana kita nak lebih faham ? Kita kena dan wajib semak dan lihat balik nota yang kita catat tadi dalam kelas .
See, nampak tak kepentingan buat nota sendiri .In Sha Allah , dalam entry yang lain akan saya kupaskan tips membuat nota yang In Sha Allah berkesan untuk otak kita :)
Tips tips lain seperti berdoa , menghormati guru . Itu memang sudah semestinya . Benda benda biasa sahaja semua itu .
Antara masalah lain yang seorang pelajar akan alami ialah seperti mengantuk , tidak suka subjek tertentu , malas dan sebagainya .
Jangan risau ! Ada tips lain nanti yang akan saya kongsikan dengan anda ! Stay tuned ya !! Sekiranya anda ada apa apa masalah ,apa apa sahaja , jangan segan segan hubungi saya !! Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda ya !
Ataupun anda nak menjana pendapatan dari rumah bersama saya ?? Jom hubungi saya ! Saya akan tunjukkan anda caranya :)