Tips Mudah Untuk Kekal Kurus Selepas Aidilfitri Supaya Sentiasa Sihat

05:56 0 Comments A+ a-

Ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk menjelang dan tibanya Aidilfitri. Waktu di bulan Syawal ini, mulalah makan ikut hawa nafsu . Minum pun sebarang minum . Kononnya lepas Ramadhan , badan mula susut sedikit, sekali tiba sahaja Syawal, baju raya pun dah tak muat ! Sebenarnya, ada tips yang paling mudah untuk kekal kurus selepas Aidilftri yang boleh anda praktikkan .


Pelbagai juadah dihidangkan terutamanya ketika hari raya yang pertama membuatkan kita tak ingat dunia apabila menjamu hidangan. Natijahnya, pelbagai penyakit mula bertandangkan sekiranya kita alpha dan leka untuk menjaga pemakanan seharian kita. Raya raya juga , perut kena jaga !

Tips Untuk Kekal Kurus Selepas Aidilfitri Yang Paling Mudah

  • Elakkan Makan Berlebihan
Dicadangkan untuk mengamalkan konsep 'menjamah makanan' dalam kuantiti yang sederhana . Jangan dipulun 3 biji ketupat, 2 ketul ayam dan macam macam lagi sekali makan . Pernah dengar konsep 'makan sedikit tetapi kerap' ? Hal ini adalah untuk memastikan metabolisme badan kita meningkat dan juga memberikan ruang kepada insulin untuk menukarkan karbohidrat yang dimakan menjadi tenaga.



  • Elakkan Minuman Bergas
Ya , betul . Pergi mana mana rumah orang kebanyakannya memang akan hidangkan air gas . Tak kisahlah warna pink ke, oren ke, hijau ke , baik jenama apa sekali pun,sama ada Fanta, F&N dan Mirinda . Minuman bergas ini menyebabkan tekak menjadi semakin haus malah ia juga menjadi penyumbang utama kepada kenaikan berat badan . Selain faktor kalori yang banyak, tenaga yang dihasilkan badan akan membakar glukosa yang berlebihan dahulu berbanding membakar lemak.

  • Amalkan Gaya Hidup Aktif
Jangan mentang mentang dah habis puasa , maka kita pun selepas makan saja terus melelapkan mata . Ambil peluang pada waktu ini untuk mengemas rumah, bersihkan sawang sawang dan sebagainya . Boleh juga mengambil peluang ini untuk menziarahi sanak saudara yang tercinta.

  • Elakkan Makanan Berlemak
Yelah, nama pun raya kan ? Suatu kebebasan dan kejayan untuk umat Islam menyambut habisnya Ramadan. Waktu inilah saudara mara bergotong royong nak masak sup kaki lembu, sup tetel , dan aneka sup . Belum lagi siap kacau dodol dan lemang ! Bukan tak boleh makan langsung , sudah tentu ianya pilihan anda sama ada ingin makan atau tidak cuma yang menjadi tanda tanyanya ialah, makan secara sederhana atau berlebihan ? Tepuk dada, tanya selera.

  • Amalkan Puasa Sunat
Ambil juga peluang ini untuk melaksanakan puasa enam iaitu puasa selama enam hari di bulan Syawal. Teruskan perkara baik ini dengan mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis. Selain dapat membantu untuk menundukkan hawa nafsu , dan juga dapat mendidik hati untuk sentiasa bertakwa , berpuasa juga membantu untuk mendisiplinkan perut kita untuk makan secara besederhana sahaja.

Tips Khas Untuk Mereka Yang Betul Betul Serius Nak Kurus

  • Wajib Detoks Dan Bersihkan Usus
Tips ini cik genius akan buat 3 kali seminggu. Dan memang kesannya , membuang jadi lebih lawas , dan tak ada masalah sembelit. Yang paling seronok dan mengejutkan, perut pun dah tak maju ke depan !

  • Bersihkan Perut
Tak lain tak bukan , erti kata lainnya ialah dengan membuang toksin dari dalam badan . Benda yang perlu dibuat ialah kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat . Detox Meal Plan 7 Days bersama Shaklee boleh membantu anda yang menyimpan hasrat hendak kekal ramping walaupun selepas Aidilfitri.

  • Kawal Pemakanan
Terus terang cik genius cakap , cik genius ini merupakan seorang yang kuat makan, lagi lagi benda manis dan sedap . Selagi boleh tambah, cik genius takkan lepaskan peluang untuk tambah. Tapi, perkara ini terhenti setakat itu sahaja apabila cik genius mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Sejak itu, cik genius cuma ambil sesenduk nasi putih dan tak tambah seperti dulu lagi.

  • Say No To All Kinds Of Fast Foods
Pelajar dan maggi memang tak dapat dipisahkan bukan? Macam itu juga dengan cik genius . Kalau anda nak tahu, maggi merupakan antara penyumbang utama masalah buncit dan kegemukan serta ia menyebabkan paras kolestrol meningkat. Takkan kita masih nak makan lepas tahu kesan dia bukan?

Ayuh, Beralih Ke Set Detoks Shaklee Sekarang !

Kelebihan Set Detoks Shaklee ialah :

-Membantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan
-Membantu untuk meningkatkan metabolisme badan
-Membantu untuk membakar lemak
-Mengawal selera makan
-Membatas keinginan untuk makanan dan minuman manis












Jadi tunggu apa lagi ? Nak kurus tak? Wajib hubungi cik genius sekiranya anda berminat untuk mendapatkan berat badan anda yang ideal . Konsultasi ekslusif dari cik genius .Jangan tunggu lama lama, takut berat badan semakin naik semakin hari !