5 Tempat Yang Saya Akan Dan Mesti Pergi Sebelum "Dijemput"

01:29 5 Comments A+ a-

Assalammualaikum .




Hari ini saya hendak bercerita tentang impian saya .Hehehe .Mana tahu dari penceritaan saya anda boleh mula mengorak kisah anda juga untuk travel ke tempat impian anda kan ??Mungkin kita juga mmpunyai tempat yang sama nak pergi ?Silap hari bulan kita boleh pergi sama sama .Hihihi.



1.Mekah




Bukan sebab semua orang memang ada hati nak pergi sini atau memang semua orang simpan hajat nak ke sini . Tetapi , ini juga melibatkan rukun islam yang ke enam bukan ? Sekiranya saya mampu , anda mampu , kita mesti dan wajib pergi kan ? Cuma mungkin sekarang saya belum ada kemampuan hendak ke sini bersama keluarga tercinta , tetapi kelak In Sha Allah , saya pasti akan ke sini sebagai tetamu Allah bersama orang orang yang tersayang .Tempat yang paling indah dan tenang memang menjadi idaman semua untuk pergi bukan ?Mudah mudahan kita terpilih sebagai tetamu Allah yang paling mulia .Amin ..

2.Itali





Kenapa Itali menjadi tempat pilihan saya yang kedua ? Erm , sebabnya yang sebenar ialah melukis itu impian saya . Melakar bangunan menjadi mimpi saya . Bangunan bangunan di Itali memang menjadi inspirasi saya .Kononnya niat hati hendak sambung belajar ke Itali , tapi mungkin tak ada rezeki .Hahaha . Tapi In Sha Allah saya tetap akan pergi cuma mungkin bukan sekarang .Tapi Itali memang dah masuk buku saya !! Saya akan terus berusaha .Yeahhhh~~

3.Swiss@Switzerland

Taraaaa ..Tempat ketiga yang saya nak pergi tak lain tak bukan sebab dia memang terkenal dengan production coklat dan cheese .Woa .My favourite hahaha .Teringin nak pergi tempat dia buat coklat tu semua .Saja ngada ngada nak tengok kat luar negara punya .Lagipun gunung gunung dia cantik cantik .Wouchh , i like it . Lepas tu ada satu restoran ni dia dekat atas puncak gunung ,cuma tak sure pula still beroperasi ke tak eak .Hahahaa . teringin nak pergi sana sebenarnya .Orang panggil restoran tu Piz Gloria .Siapa yang nak gi holiday kat Swiss , cubalah tengok tengok tempat tu eak .Hehehe.

4.Melbourne , Australia




Aussie jeng3 .Erm , tak ada specific reason kenapa nak pergi sini . Cuma disebabkan penangan KOALA dia .Hahaha . And to be honest orang kata ocean dekat sini memang cantik .Stilll di Malaysia pun cantik juga , tapi nak juga yang kat luar negara.Kalau ada bajet lebih ,In Sha Allah sampai ke sini bergambar dengan koala lah ya kita ..Haha Aminnnn....

5.Bandung Indonesia




Sebenarnya saya dengan bestfriend dah plan sama sama nak ke sini . Tapi atas masalah bajet ,dan masa .Jadi memang tak dapat nak elakkan benda benda macam tu . Haha .Dengan masalah pasport lagi kan ,mungkin belum rezeki lagi untuk kami pergi . Sebab lagipun best friend saya tu belajar di UPM jadi jadual mereka agak padat berbanding dengan UIA .So , In Sha Allah kalau ada masa dan bajet yang mencukupi , mmang serbu dah Bandung ni .Time sekolah dulu diaorang ada buat trip pergi Banndung dengan Surabaya tapi itulah waktu itu masih sekolah kan , memang belum ada bajet sendiri dan sebagainya .Jadi kena tunda dulu sampai dah mampu guna duit sendiri .Mudah mudahan tercapai hasrat kami ..Amin ..

Mudah mudahan saya dan anda semua dipermudahkan untuk mencapai cita cita dan impian dengan hasil dan rezeki yang berkat .In Sha Allah , biar sedikit tetapi berkat .Amin . Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala apa jua urusan yang dilakukan dunia dan akhirat .Fighting !! :)

Mungkin suatu hari nanti saya berhasrat untuk ke tempat tempat ini di bawah tajaan Shaklee ?Mana tahu bukan ? Tapi ada syarat syaratnya yang perlu saya lepasi dahulu :D Anda juga berminat hendak ke tempat tempat ini bersama Shaklee ?Usah risau , jom hubungi saya untuk maklumat lanjut .Lepas tu bolehlah kita holiday sama sama ^^


5 comments

Write comments
9 November 2015 at 18:08 delete

Wahhhh semoga semuanya tempat dapat pergi. Aamiiiiin.

Reply
avatar
9 November 2015 at 18:50 delete This comment has been removed by the author.
avatar
10 November 2015 at 05:51 delete

Kak Aizah .. Aah kan kak ?Mudah mudahan segalanya dipermudahkan untuk kita semua :)

Reply
avatar