Tanda -Tanda Gastrik Yang Perlu Anda Ketahui Supaya Tidak Lagi Melarat

08:33 2 Comments A+ a-

Masalah gastrik ini bukanlah sejenis masalah yang boleh dipandang ringan mahupun remeh. Sekiranya , masalah gastrik ini dibiarkan terabai , maka ia boleh berlarutan sepanjang hayat anda . Bukan itu sahaja , ia juga boleh menganggu aktiviti seharian anda dan tugas tugas kerja anda.Oleh itu, mari kita sama sama lihat dulu antara tanda tanda masalah gastrik sebelum saya mendedahkan kepada anda antara cara untuk membantu mengatasi masalah gastrik.




Apakah Gastrik Yang Sebenarnya ?

     Gastrik ialah suatu keadaan di mana lapisan pada perut meradang dan terhakis oleh lebihan asid perut. Gastrik boleh jadi secara tiba tiba dalam jangka masa yang singkat malah ia juga boleh makan masa bertahun tahun untuk pulih.


Gastrik terjadi apabila anda berasa sakit di bahagian atas perut (abdomen) sehinggalah di bawah tulang dada (sternum) Ia biasanya datang dan pergi..Rasa sakit tersebut boleh berkurangan jika anda mengambil pain killer yang dicadangkan oleh doktor.


Antara Simptom-Simptom Masalah Gastrik 

  • Sakit pada bahagian atas badan
  • Loya
  • Muntah muntah
  • Nafas menjadi pendek
  • Pening kepala
  • Selalu pitam
  • Lemah badan
  • Muka menjadi pucat

Kaedah Rawatan Yang Biasa Dijalankan Di Hospital

  •     Gastroskopi (endoskopi) 
    Ujian yang boleh mengesahkan ulser perut. Dalam ujian ini doktor akan melihat di dalam perut anda dengan melepaskan teleskop fleksibel nipis ke bawah tekak anda (esofagus). Mereka boleh melihat apa-apa keradangan atau ulser yang ada.Pesakit akan disuruh untuk berkumur menggunakan anesthetic yang disediakan atau ada juga yang dibius dari belakang tekak.

Sedatif ini diberikan dengan bertujuan untuk memastikan pesakit berasa tenang dan selesa sepanjang proses ini dijalankan.
  
  •     Ujian untuk mengesan pylori kuman H. (bakteria)  
Untuk mengesan jangkitan ini kebiasaannya ada beberapa cara seperti melalui ujian nafas, pengambilan sampel najis, prosedur biopsi. Untuk ujian nafas, pesakit akan diberikan sejenis kapsul, cecair atau puding yang mengandungi urea . Sekiranya wujud bakteria H.Pylori di dalam badan ,pesakit akan menghembuskan CO2 di dalam sebuah tube.

Untuk kaedah melalui proses biopsi , sejenis sampel tisu dari bahagian dinding perut akan diambil dan dianalisis untuk melihat kehadiran jangkitan H.Pylori.

  • Pemeriksaan Secara X-Ray (Upper GI Series)-Upper Gatrointestinal Series
Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk melihat bentuk saluran atas gastrointestinal dan untuk makluman anda , gastrointestinal melibatkan kawasan esophagus, perut, usus besar , usus kecil dan juga rectum.

Pesakit tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang makanan atau minuman sebelum pemeriksaan dilakukan dan mereka akan diarahkan untuk berdiri di hadapan sebuah mesin X-ray .Antara proses dalam prosedur ini ialah , pesakit akan diberikan sejenis cecair kapur yang dipanggil sebagai barium untuk memastikan bahagian dalm badan dapat dilihat melalui mesin dengan lebih jelas.


Bagaimana Kombinasi Nutrisi Shaklee Dapat Membantu Masalah Gastrik ?

1.ESP Shaklee

ESP ini bagus untuk menghilangkan masalah gastrik sifat alkalinya yang tinggi.Gastrik yang kita alami itu disebabkan oleh asid yang berkumpul secara berlebihan di dalam perut ,jadi apabila asid bertindak balas bersama dengan alkali , ia akan menghasilkan sifat neutral pada dinding perut kita .

ESP ni juga membantu untuk menghasilkan sel sel baru dan kulit baru pada dinding perut kita . Jadi walaupun asid dah berkurangan menghakis dinding perut , tetapi dinding perut akan semakin menebal dengan sel baru semula.

2.Ostematrix

Ostematrix ini kan memang kaya dengan kandungan kalsium . Kalau anda nak tahu , kalsium ini bersifat alkali yang dapat meneutralkan si asid .Malah , ostematrix juga dapat menguatkan sistem tulang di dalam badan kita juga .

3. Vitamin B Complex

Vitamin B ini lebih dikenali sebagai vitamin anti stress yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh si pesakit .Malah , kalau anda nak tahu kan , vitamin ini juga dapat menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh si penghidap gastrik .

Kalau nak dibandingkan dengan pil penahan sakit , sangat berbahaya untuk mengambil pil pil tersebut kerana pil tersebut mempunyai kesan jangka masa yang panjang yang mungkin boleh merosakkan sistem tubuh badan dan juga fungsi buah pinggang .Malah , pada kesakitan yang seterusnya , anda mungkin terpaksa menaikkan lagi dos pil yang diambil.

 4.Peppermint Ginger Plus

 Mengandungi kandungan halia dan daun pudina yang dapat memberikan kelegaan pada perut anda .Malah , kalau anda nak tahu peppermint ginger plus ini sangat bagus untuk membantu proses pencernaan semulajadi tau .Lagi best tu , boleh juga diambil oleh mereka yang mengalami masalah mabuk kereta , laut dan sebagainya.

Sebelum terkena masalah gastrik ini , marilah kita sama sama mencegah dahulu .Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati . Baca juga Punca Kepada Masalah Gastrik Yang Melanda Anda .

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau inginkan konsultasi dari saya , hubungi saya sekarang tanpa bertangguh lagi. Mari kita sama sama atasi masalah gastrik ini sebelum ia melarat sehingga menganggu aktiviti seharian anda.





















2 comments

Write comments
22 February 2016 at 18:22 delete

Kandungan yang bermanfaat. Just mungkin boleh ubah sikit kat bahagian painkiller tu yang mana boleh and xboleh. Untuk any ulcer problem especially gastric ulcer,painkiller yang boleh guna is just paracetamol yang betul2 safe.ubat2 painkiller lain macam aspirin/ponstan/antiinflammatory ni semua xdigalakkan amik kcuali atas nasihat doktor sbb boleh buat berdarah gastrik tu nanti. Takut2 org yg tbaca ni nampak boleh amik painkiller terus dia telan ubat mak ayah dorg yg bukan paracetamol tu pulak nanti. So be specific kalau nk advice treatment takut disalah tafsir. :) nak lagi selamat, letak (painkiller yang dinasihatkan oleh doktor, bukan sebarangan).

Reply
avatar
23 February 2016 at 13:55 delete

Hihi . Terima kasih Cik Shizuno !! :D Really appreciate it :)

Reply
avatar