Tanda tanda Kencing Manis Yang Kita Terlepas Pandang !

07:41 0 Comments A+ a-


"Kau dengar cerita tak pasal si Leman tu ?" tegur Abu kepada kawannya,Ali.
"Kenapa dengan Si Leman tu ?Kahwin lagi satu ke?"
"Apa pula kau .Macam mana nak kahwin satu lagi ,kaki sebelah dah tak ada ! Kena potong semalam !"





Amat penting sekali untuk kita ambil tahu terlebih dahulu akan Jenis Jenis Diabetes Yang Selalu Dialami oleh semua golongan tidak kira tua atau muda,lelaki atau wanita , miskin atau kaya .Cik genius nasihatkan juga anda untuk mengambil tahu dan mengambil langkah sewajarnya seandainya anda mempunyai antara tanda-tanda kencing manis yang dialami.Selalunya , kita memang tak perasan simptom simptom diabetes ini sampailah tiba masa nanti di hospital barulah terkejut apabila dikhabarkan kita memiliki kisah yang sama seperti Leman tadi.

1.Selalu berasa lapar dan letih

Badan kita akan menukarkan karbohidrat yang dimakan menjadi gula dan sel di dalam badan akan menggunakan gula yang dihasilkan sebagai tenaga . Dalam proses untuk menjadikan gula sebagai tenaga , insulin diperlukan untuk membawa gula dari dalam darah pergi ke bahagian bahagian sel yang memerlukan tenaga yang banyak.Apabila gula tidak dapat dibawa ke sel dan akhirnya terkumpul di dalam saluran darah menjadi lebih banyak ,sel tidak mendapat gula dan tenaga tidak dapat dihasilkan ,maka kita akan menjadi lebih letih dan lapar !!

2.Kerap Membuang Air Kecil

Kebiasaan purata manusia yang normal membuang air ialah sebanyak 4-7 kali dalam masa 1 hari atau 24 jam .Namun , bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis , mereka akan membuang air kecil lebih daripada itu .

Kebiasaannya sewaktu badan masih normal , gula akan diserap di dalam buah pinggang dan menjadi bahan buangan ketika kita membuang air kecil .Namun begitu , apabila terlalu banyak sangat kadar gula di dalam darah kita , buah pinggang tak dapat dah nak serap semua gula .Jadi , kita memerlukan lebih banyak cecair iaitu air untuk membantu penyerapan gula ke dalam buah pinggang .

Lagi banyak air kita minum , lagi banyak lah urine kita !

3.Bibir kering dan kulit gatal

Apabila badan kita memerlukan lebih banyak cecair untuk menghasilkan air kencing , secara tak langsung akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering , malah bibir turut sudah tidak lembap lagi .Apabila kulit menjadi lebih kering ,ini akan menyebabkan masalah kulit gatal semakin menjadi.

Baca : Apa Itu Masalah Diabetes Dan Tanda Tandanya . dan Antara Jenis Jenis Diabetes Yang Anda Wajib Ambil Tahu !




Bagaimana Resveratrol di dalam Vivix Shaklee boleh membantu masalah diabetes ??

  • Memperlahankan dan mengawal "Metabolic Syndrome"
     Resveratrol membantu untuk mengatasi kerosakan sel dan membaiki sel . Ia juga berfungsi untuk melindungi telomere dari radikal bebas .Malah ,secara tidak langsung ia membantu untuk mengurangkan Metabolic Syndrome atau Sindrom Resistansi Insulin . Metabolic Syndrome ialah keadaan di mana tekanan darah tinggi , lemak berlebihan di sekitar pinggang , paras kolestrol yang tinggi di dalam badan berlaku serentak pada satu masa dan meningkatkan risiko untuk penyakit kardiovaskular
 
  • Kepekatan dan paras glukosa dikawal di dalam darah
      Kandungan polifenol di dalam Vivix membantu untuk memberi lebih masa kepada insulin untuk menukarkan glukosa kepada glikogen dengan melambatkan penyerapan karbohidrat ke dalam darah .Hal ini dapat mengelakkan paras glukosa menjadi lebih tinggi di dalam darah .

      Kandungan Anthocyanins membantu untuk mengatasi sebarang jangkitan penyakit . Kebanyakkan sayur dan buah buahan yang berwarna warni seperti tomato , blueberry dan ceri .
Malah , anthocyanins juga mampu mengelakkan kerosakan pada bahagian mata , dan organ dalaman dengan menangkis jangkitan kuman serta menagkis perhatian bakteria.

  • Mengelakkan pembentukan protein AGE
        Protein AGE iaitu advanced glycation end products protein yang terbentuk akibat paras glukosa yang terlampau tinggi . Ia merupakan protein yang telah bergabung dengan molekul gula dan telah melalui proses yang dinamakan sebagai glycation. Protein ini perlu dikawal dengan resveratrol untuk mengelakkan masalah seperti atherosclerosis , masalah buah pinggang dan Alzheimer .











Dengan berbekalkan testimoni testimoni di atas  , saya berharap agak tuan dan puan terbuka hati untuk berikhtiar menggunakan Vivix Shaklee . Di samping kita berusaha janganlah kita sesekali lupa untuk menadah tangan memohon doa pada yang Esa agar kita diberi kesihatan yang berpanjangan sentiasa.

Saya amat berbesar hati untuk membantu tuan dan puan sekiranya tuan dan puan mengambil keputusan untuk berusaha bersama Shaklee .Untuk mereka yang lain , Vivix juga amat bagus untuk diamalkan bagi memastikan kesihatan dalaman serta luaran badan .Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati ?