Review Drama It's Okay That's Love

01:22 0 Comments A+ a-


     Saja hari ini cik genius nak share dengan kawan kawan semua drama kegemaran cik genius yang memang banyak moral valuesnya , ada unsur kekeluargaan dan persahabatan juga .Nak dipendekkan cerita , drama ini dia berkisahkan si hero ni ,seorang penulis buku, ada macam masalah mental tau . Dia boleh nampak seorang budak lelaki yang berusia 16 tahun ( cik genius tak ingat ) ,sentiasa didera dan dipukul oleh ayahnya sendiri . Tapi , yang peliknya , orang di sekeliling si hero ni tak nampak pun budak lelaki tu .



     Kuasa Tuhan , si hero pun terjumpa dengan si heroinnya ,seorang doktor pakar sakit jiwa di sebuah program rancangan televisyen sebagai tetamu undangan.Entah macam mana , lama lama mereka ni pun bercinta . Sewaktu bercinta , si heroin ni perasan hero ni asyik cakap seorang diri dan siap angkat call lagi walaupun telefon tak berbunyi .



      Rupa rupanya , si hero dari kecil memang selalu dipukul oleh ayahnya dan juga menjadi mangsa penderaan sampaikan dia malam malam dah tak tidur dalam bilik tidur sebaliknya tidur di dalam bilik air tau !Begitu teruk sekali kesan penderaan tersebut kepada emosinya .

     Jadi , selepas cik genius tengok cerita It's Okay That's Love ini berulang ulang kali , memang tak dinafikan ceritanya sangat luar biasa pada pandangan cik genius . Dengan sokongan moral yang diberikan oleh doktor pesakit jiwa kepada pesakitnya . Walaupun si heroin tahu yang kekasih dia ni ada masalah sakit jiwa , dia tak tinggalkan tau ,tetapi sebaliknya dia sentiasa ada dan membantu si hero sehingga pulih .

     Lagi satu pengajaran yang paling besar cik genius dapat kongsikan ialah hubungan antara anak dan kedua ibu bapa . Si heroin ni , walaupun dia seorang doktor pakar sakit jiwa , dia sendiri tak jaga hubungan dia dengan ibunya sedangkan ibunya telah berpenat lelah membanting tulang untuk menghantarnya ke medical school untuk memastikan dia berjaya .

     Kesimpulannya ialah ,dalam hidup ini , kita memang perlu saling bantu membantu antara satu sama lain tak kisahlah siapa pun , ahli keluarga kita ke , jiran tetangga mahupun orang yang tidak dikenali . Kemudian , kita mestilah sentiasa menghormati ibu dan ayah kita sepanjang masa kerana pengorbanan mereka buat kita semua sangat bernilai dan berharga . Hargailah mereka sementara hayat mereka masih ada .Apapun , yang paling penting sudah tentu , dekatkan diri dengan Tuhan dan ngadulah bersungguh sungguh kepadaNya segala rintihan dan tangisan kerana Dia jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani ..