Percutian Mewah Di Jepun Yang Menjadi Dambaan Setiap Orang

08:08 1 Comments A+ a-

Baru baru ini , dalam cycle terbaru , kami digemparkan dengan rewards dari Pihak Shaklee iaitu Trip International ke Jepun ! Excited bukan ? Ini bukan gurauan , ini betul betul ! Bukan lagi dalam mimpi, bukan lagi ibarat menunggu bulan jatuh ke riba , namun kini ia sudah menjadi realiti.



"Eleh setakat pergi Jepun , aku pun pernah pergi."

"Ala , Jepun saja pun, nanti aku pergilah.Kumpul duit dulu."

"Tak hairan pun, pergilah kau sana."


Bila cik genius tengok Master Bonda Adilah Manaf dan pasangannya Apak Fahmy Suhaimi pergi ke Jepun, fuhh bergetar kromosom ni ha . Punyalah mantap , punyalah seronok ,punyalah mewah sungguh! Sungguh, memang tidak terkata keseronokkannya.

Itu yang cik genius nak kongsikan pengalaman yang terhebat ini dan apa keistimewaan yang Shaklee sediakan untuk kita ,para distributor Shaklee yang hebat ? Teruskan membaca kalau anda fikir percutian ini biasa biasa saja.

1. Cop Passport Sahaja ? Ohhh , Itu Bukanlah Segalanya !

Paling kurang pun percutian Shaklee ke luar negara , mesti sampai 10 hari . Rata rata memang terkejut . Tapi, percayalah,10 hari itu pun rasa sangat tak cukup .Nak hilangkan jetlag lagi bukan? Apatah lagi trip ke oversea yang sekadar 4 hari sahaja.

Anda boleh bayangkan , bercuti ke London selama 4 hari sahaja? Dua malam memang hanya habiskan masa tidur di dalam plane , 1 malam sahaja di Kota London yang memang jarang sekali dapat rasa nikmat jejakkan kaki ke sana. Jalan jalan dalam Malaysia sahaja pun paling kurang mesti tidur 2 malam di hotel bukan?

Dengar cerita , Shaklee bawa leaders mereka ke Burj Khalifa dan Dubai Mall sewaktu transit di Dubai dalam perjalanan nak ke Orlando .Nampak tak ? Itu baru transit sahaja tau ! Kalau nak tahu , Dubai Mall ini terkenal sebagai pusat membeli belah terbesar di dunia.


Dubai Mall (Sumber: google)


Burj Khalifa (Sumber: google)

2. Bukan Sekadar Omong Kosong Sahaja !

Apabila Shaklee katakan Trip International Shaklee yang menjanjikan percutian yang mewah dan selesa , ketahuilah bahawa ia memang betul . Memang betul betul ganjaran buat para leaders yang terpilih .

Tempat mereka bermalam bukannya homestay atau rumah tumpangan ke , tapi hotel bertaraf 5 bintang . Jangan tak tahu, percutian Shaklee kalau semuanya tak 5 stars , memang tak sah! Para leaders Shaklee sempat bermalam di Imperial Hotel Tokyo  ,dengar macam biasa je kan,tapi sebenarnya inilah hotel yang termahal dan termewah sekali di Jepun.

"Imperial Hotel -Hotel tertua di Jepun dan ditubuhkan sejak tahun 1887 "

Bukan calang calang orang boleh tidur sini tau , dulu Maharaja Jepun siap bawa tetamu tidur sini lagi . Kalau setakat hotel 5 bintang antarabangsa macam Pullman ke , Hillton ke , itu celah gigi sahaja untuk Shaklee ni . RM 2000 sekali keluar untuk satu malam tau menginap di Imperial Hotel .

Ha,kau ada ?

3. Tak Sempat Nak Lapar Langsung Sepanjang Bercuti !

Hidangan yang dijamu kepada para leaders bukan setakat yang harga RM 10 ke berbelas ringgit ke . Tapi sampai beratus dan beribu untuk satu kepala sahaja! Dan sudah tentu untuk sekali makan sahaja.
                              
Hamboi , mesti fikir dua tiga kali kalau nak keluar duit pun kan . Tapi, kali ini memang dah tak fikir apa apa. Semua Shaklee bayar dan tanggung. Macam dalam trip ke Jepun kali ini , mereka dihidangkan dengan juadah yang disebut sebagai Kaseiki Japan atau fine- dining Japan . Bunyi macam biasa , tapi ketahuilah sesungguhnya satu kepala boleh mencecah antara RM 575 hingga RM1535 !


 Fine-dining Japan (sumber:FB-Adilah Manaf CelikVitamin)

Boleh bayangkan satu kepala sekali makan RM1000 ? Baik simpan beli iphone ke , jalan jalan ke kan . Tapi , tak perlu , ini semua Shaklee taja !

Yang paling menarik dan teruja sekali ialah aiskrim yang ditabur dengan emas . Pernah jumpa tak ? Ini bukan fantasi , ini memang benar benar terjadi.

"Eleh,itu serbuk manik yang sebekas RM2 tu jelah. Yang orang guna buat kuih raya tu."


"Alah, nipu je tu ,emas olok olok je."


Siapa kata itu bukan emas? Ini emas tulen yang asli ! Kalau di Malaysia, orang beli emas untuk perhiasan dan pelaburan tapi di Jepun siap tabur atas aiskrim tau.


Aiskrim yang ditabur emas (sumber: FB-Adilah Manaf Celikvitamin)

Nota kaki : Shaklee siap bagi cash lagi tau untuk leaders Shaklee kalau mereka tak sempat nak belanja lunch atau dinner . Yang paling best , duit belanja yang Shaklee bagi ini siap ada lebih boleh buat shopping dan ada yang bawa balik Malaysia lagi !!!

4. Jadual Packed Mengalahkan Prime Minister !

Satu perkara yang wajib tahu tentang percutian mewah Shaklee ini ialah percutian ini bukan sekadar naik plane , turun plane , check in hotel, check out., windows shopping and thats it ! Tidak , nak tahu apa yang mereka buat sepanjang bercuti bersama Shaklee ? Check this out !

Hari Pertama: Shopping di Toki Premium Outlet dan bermalam di Gero, tempat onsen yang paling best di Jepun .

Hari Kedua: Berjalan di Takayama Morning Market dan Old Town Sannomachi dan ke perkampungan Jepun , Shirakawa-Go.

Snow Wall Japan (sumber: google)

Hari Ketiga: Tateyama Kurobe Alpine Route , satu satunya snow wall di dunia. Tempat ini hanya dibuka beberapa kali untuk kunjungan pelancong . Special kan Shaklee siap booking awal awal lagi untuk leaders !

Hari keempat: Makan strawberries di ladang berdekatan Yamanasha iaitu Ishihara Nojo .Dan kemudian, berjalan ke pink moss dan check in di Imperial Hotel. Pada sebelah malam , mereka bertemu dengan immunologist pertama yang menemui Interferon ,iaitu Dr Yasuhiko Kojima.

Hari kelima: Menaiki Tokyo Metropolitan Government Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo dan pergi ke pejabat Shaklee di Jepun.Selepas lunch , mereka pergi ke Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

Hari keenam: Shaklee Walk atau jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo).

Seronokkan ? Mewah dan betapa nikmatnya sehingga tak mampu nak diucap dengan kata kata . Ada yang berkongsi perasaan sebak dan terlalu gembira kerana langsung tak sangka dapat jejakkan kaki ke sana.

Jom bersama saya kita jana pendapatan bersama Shaklee . Coretan ini hanyalah secebis sahaja dari keistimewaan yang Shaklee berikan kepada setiap ahlinya yang bekerja kerasa menempah tiket untuk ke percutian mewah ini.

Cik genius tinggalkan anda dengan kata kata motivasi yang mampu mengetuk pintu hati nurani anda untuk sama sama berubah bersama cik genius. Anda perlukan masa untuk fikir ?? Ambillah masa selama mana anda mahu , tetapi jangan lupa , disaat anda masih berfikir untuk memulakan langkah pertama, telah ada insan yang berjaya dengan setiap langkah yang diambilnya.

A person has to remember that the road to success is always under construction.You have to get that through your head.That is not easy becoming successful- Steve Harvey