Cara Mengatasi Masalah Kencing Manis Dengan Cara Mudah

08:19 1 Comments A+ a-

Masalah kencing manis yang pada mulanya tidak terlalu ekstrem boleh melarat sekiranya anda tidak mengambil tindakan yang sewajarnya . Cara pemakanan , gaya hidup dan juga 'mindset' anda mampu membantu untuk mengatasi masalah diabetes yang anda alami .


"Tak apalah, saya tak ada kencing manis."

"Mujurlah saya sihat dari sebarang penyakit . Gerun tengok orang kena potong kaki ni ." 

"Janganlah aku kena nanti penyakit ni."


Kita kena tahu bahawa langit itu tak selalunya cerah . Mungkin disangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari . Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mencegah masalah ini dari mula hadir dalam hidup kita . Cara pemakanan yang sihat dan betul juga sangat mempengaruhi risiko untuk kita menghidapi masalah ini .

Malah , pengambilan supplemen tambahan yang betul dan selamat juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien dan vitamin yang seimbang dan cukup.

Sesetengah orang berfikiran , tak perlu rasanya pengambilan vitamin kerana merasakan diri mereka tidak mempunyai sebarang masalah fizikal yang kronik . Tapi, anda perlu tahu bahawa mencegah itu sesungguhnya lebih elok dari mengubati . Jangan nanti sudah terhantuk baru tergandah . Waktu itu, menangis air mata darah sudah tidak ada gunanya lagi kerana diabetes sudah mula menghantui hidup anda.

Bagaimana Shaklee Mampu Membantu Mengatasi Masalah Kencing Manis ?
   
     1.Pentingnya Pengambilan Vitamin B12 dan B6
Pesakit kencing manis berisiko tinggi untuk mengalami masalah kerosakan saraf yang dimulai dengan simptom awal seperti masalah penglihatan dan glaucoma . Kandungan Vitamin B yang lengkap di dalam Vitamin B Shaklee membantu untuk mengurangkan masalah saraf dalam kalangan pesakit diabetes .

     2. Antioksidan Tinggi Membantu Melindungi Sel

Kadar gula yang tinggi di dalam darah menarik perhatian bakteria serta kuman untuk menyerang sel sel badan . Perkara ini boleh dilihat apabila pesakit kencing manis kebiasaannya mengalami masalah luka lambat sembuh yang boleh menyebabkan anggota badan dipotong kerana sudah tidak berfungsi .

Kandungan anthocyanins yang merupakan antioksidan di dalam Vivix Shaklee membantu untuk melindungi sel badan dari serangan bakteria dan juga kuman yang merbahaya . Malah , polifenol di dalam Vivix Shaklee juga membantu untuk menyebabkan terbantutnya pertumbuhan protein AGE.

Protein AGE berupaya untuk meningkatkan proses penuaan dan yang paling mengejutkan lagi ialah ,ia meningkatkan risiko terjadinya penyakit berkaitan penuaan seperti salah satunya , penyakit kencing manis .

    3. Insulin , Kunci Penukaran Glukosa

Insulin merupakan hormon yang menukarkan glukosa kepada glikogen dan tanpa kehadiran insulin yang mencukupi , glukosa tidak akan dapat ditukarkan dan menyebabkan paras glukosa di dalam gula semakin meningkat .

Keupayaan insulin untuk bertindak balas dengan sel badan dapat dipertingkatkan dengan pengambilan mineral kromium yang membantu insulin untuk bekerja dengan lebih cekap lagi .

Kandungan kromium di dalam Vitalea Shaklee amat penting dalam diet setiap pesakit kencing manis malah kandungan vitamin di dalam Vitalea juga dapat membantu setiap pesakit kencing manis . Dan , tidak hairan lagilah dengan gelaran Vitalea Shaklee yang dikenali sebagai multivitamin .

    4. EPA dan DHA Untuk Sakit Jantung

Tidak ragu lagi ramai yang sudah peka dengan penyakit tiga serangkai yang sering dikaitkan bersama iaitu , kencing manis , darah tinggi dan sakit jantung . Paras glukosa yang tinggi di dalam darah menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan kemungkinan untuk paras kolestrol meningkat juga semakin tinggi .

Jadi , pengambilan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan hidangan sehingga 90% EPA dan DHA amat penting untuk mengurangkan risiko sakit jantung . Malah , minyak ikan omega 3 membantu unutk menigkatkan kesihatan sistem saraf dan juga memelihara kesihatan jantung .

   5. ESP , Si Pengawal Aras Gula Yang Hebat

Kita sudah tahu bahawa setiap pesakit kencing manis perlu mematuhi jadual pemakanan yang telah ditetapkan oleh doktor mengikut kesesuaian mereka . Dan sebolehnya , mereka dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan nasi dan juga karbohidrat yang memiliki Indeks Glisemik yang tinggi .

ESP memiliki indeks glisemik yang agak rendah ,iaitu 39 dan ia membantu untuk mengawal aras gula di dalam darah . Hasilnya , ia membantu untuk memberi masa kepada insulin untuk menukarkan glukosa kepada glikogen dan membantu untuk memberikan tenaga serta rasa kenyang yang lebih lama.

Saya kira , cukup sekadar ini sahaja perkongsian saya mengenai cara untuk anda atasi masalah kencing manis anda . Sudah sudahlah percaya dengan iklan yang sering mengucapkan janji janji palsu seperti:

"Produk Berkesan Hilangkan Diabetes Anda"


"Diabetes Hilang Dengan Sekali Suap"


"Diabetes Pulih Sekelip Mata"


Secara konklusinya ; dapat diringkaskan bahawa set kencing manis yang terdiri daripada :
  • Omega Guard
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Vitamin B
  • ESP
  • GLA
  • Vivix Shaklee

mampu membantu anda mengatasi dan mengurangkan masalah kencing manis yang dialami oleh anda sama ada ianya masih di peringkat awal atau akhir.Anda kena tahu , doa tanpa usaha itu hanya sia sia sahaja.

Ingat , makanan tambahan bukannya ubat. Ianya bertugas untuk menutup lompong lompong nutrien yang badan anda perlukan . Ayuhlah bertindak sekarang !












1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
29 May 2017 at 22:39 delete This comment has been removed by the author.
avatar