Cara Latih Anak Berpuasa Dan Resepi Smoothies Enak Untuk Sajian Berbuka

05:48 1 Comments A+ a-

Coretan kali ini lebih bertujuan untuk perkongsian ibu bapa atau kakak dan abang di luar sana yang baru hendak melatih anak anak dan adik adik berpuasa di bulan Ramadhan . Juga untuk rujukan si penulis melatih dan mendidik anak anaknya berpuasa dan menunaikan rukun islam yang ketiga ini dengan mudah .



Kanak kanak yang berusia seawal 6 tahun mengikut pendapat cik genius, sudah boleh dilatih untuk berpuasa. Mungkin ada sesetengah pihak yang beranggapan ianya terlalu awal buat mereka namun peribahasa pernah berbunyi "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pada awalnya memang agak sukar dan sangat menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa .

Selalu kena pesan dalam hati , anak anak ini anugerah Allah dan kitalah yang bertugas sebagai pelukis untuk melakar dan mencorak corak kehidupan anak anak. Antara tips yang boleh kita amalkan dan praktikkan sejak awal lagi untuk anak anak ialah:


  • Letakkan Target Untuk Anak Anak
Untuk hari pertama berpuasa , anak anak boleh diajar untuk berpuasa sehingga jam 10 pagi. Hari seterusnya, sehingga pukul 12 tengahari. Kemudian, selepas Zohor dan seterusnya. Tapi, sebelum benarkan mereka berbuka, tanya dulu agak agak mereka tahan tak? Boleh proceed tak? Jangan tunjukkan yang kita seolah olah memberi green light terus.Ini bertujuan untuk mengajar mereka untuk "push" diri mereka sendiri menahan rasa lapar dan dahaga.

  • Jangan Skip Sahur
Kalau untuk yang dah dewasa, terskip sahur itu bukanlah alasan untuk kita tidak berpuasa melainkan atas alasan alasan tertentu yang membolehkan kita berbuka. Namun , untuk kanak kanak, pemikiran mereka sudah tentu tidak sama dengan kita yang dewasa. Sekiranya anda terskip sahur, bincang dengan anak anak, seperti tips yang pertama. Dan pastikan mereka mengambil karbohidrat dan kurma ketika sahur untuk memberi bekal tenaga sepanjang hari.

  • Terangkan Konsep Puasa Dan Sahur
Ceritakan kepada mereka apakah hikmah sebenarnya di sebalik kita wajib berpuasa dan perlu bersahur. Tunjukkan kepada mereka kisah kisah tauladan yang mampu menyentuh hati mereka. Sekiranya kita terus sahaja mengajar mereka berpuasa atau dalam erti kata lainnya "paksa" , tanpa menerangkan konsep yang sebenar , puasa itu hanyalah sekadar tahan lapar dan dahaga tanpa dihayati oleh anak anak.

  • Tidak Meluangkan Masa Terlalu Banyak Dengan Aktiviti Luar
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang suka membawa anak anak bermain di taman atau membeli belah di shopping mall pada hari hari yang biasa. Namun, pada hari berpuasa, cuba kawal dan hadkan aktiviti di luar. Lagi lagi mak mak yang nak shopping baju raya, kalau boleh bersedia dari sebelum menjelangnya Ramadhan dengan bertujuan untuk memfokuskan Ramadhan dengan beribadah.(Oops,ibadah ibadah juga ya, kerja pun msti juga! Kan ibadah tu !)

  • Bagi Reward Untuk Anak Anak Yang Capai Target
Konsep duit raya ini pada cik genius, tidak sepatutnya diterapkan untuk anak anak sejak kecil. Bukan tak boleh bagi duit langsung ya, tapi biarlah dalam amaun yang sedikit. .Buat ada ada lah orang kata kalau nak bagi anak pun kan ,tak adalah dia tengok saudara mara yang lain dapat tapi dia tak dapat. Kalau memang nak bagi lebih, terus straight masukkan duit raya itu dalam bank akaun anak.

Lagi satu, untuk ganjaran anak anak yang berpuasa, ibu bapa mungkin boleh sediakan jus buah atau makanan serta minuman kegemaran anak anak. Di bawah ini cik genius kongsikan beberapa resepi yang mungkin boleh diolah dan diubahsuai mengikut umur dan citarasa anak anak.
















Rahsia Untuk Seisi Keluarga Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan



  • Vivix Shaklee membantu untuk merangsang proses biogenesis untuk berlaku. Proses biognesis ialah pembentukan sel baru di mana ia merangsang pertumbuhan mitokondria di dalam sel .

  • ESP Shaklee mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39 dan ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

  • MealShake Shaklee memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berterusan dan mempunyai 19 vitamin utama yang penting untuk badan.

  • Performance Drink Shaklee membantu untuk menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan mengelakkan badan dari dehidrasi. Ia juga terkenal sebagai minuman isotonik yang berperisa oren tetapi tidak bergas.

  • Vitalea Shaklee mempunyai 28 mineral penting dan mempunyai asam pantothenic dan biotin yang berfungsi untuk mengurai lemak dan juga karbohidrat.










Jadi, tunggu apa lagi ? Jom kita sama sama beralih dengan pengambilan makanan tambahan yang mampu membantu anda untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan badan yang cergas dan otak yang cerdas.

Akhir kata, selamat berpuasa dalam Salam Aidilfitri . Semoga Ramadhan pada kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita sekeluarga.


1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
2 June 2017 at 02:36 delete

Wahh..bagus tips ni

Reply
avatar