Tips Atasi Masalah Jerawat Yang Serius Dan Cara Elakkannya

08:09 2 Comments A+ a-

Kelihatan anggun dan cantik sudah tentu menjadi dambaan dan impian setiap gadis gadis dan juga wanita tidak kiralah apa jua kulit warna dan juga lapisan umur. Perkara ini memang bersesuaian sangat dengan konsep di mana perempuan dikatakan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.

Lain orang lain jenis kulitnya dan sudah tentu lain juga tips penjagaan wajah mengikut jenis kulitnya .Kalau tersalah jaga, mulalah nanti lain jadinya dan akhirnya menimbulkan pelbagai masalah yang sukar untuk dirawat.



Antara masalah yang selalu terjadi ialah :

  • Kulit berminyak
  • Kulit berjerawat
  • Wajah berparut
  • Timbul kedut halus
  • Kulit kering
  • Masalah jeragat dan sebagainya  
Ada jenis orang yang memiliki kulit wajah yang berwarna sedikit gelap tetapi cukup bersih dan bebas dari jerawat namun ada juga yang mempunyai kulit wajah yang agak cerah namun subur jerawat yang tumbuh secara melata.

Lagi lagi waktu nak raya tak lama lagi ini kan , ada yang rungsing nak hilangkan masalah jerawat, masalah parut lagi , mana kulit berminyak lagi,pening pening pening ! Masalah ini memang boleh membuatkan keyakinan diri menjadi lagi rendah. Jadi, untuk entry kali ini, cik genius nak kongsikan khas tentang tips dan perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan jerawat dari tumbuh dengan banyaknya.

Cik genius memang pernah ada pengalaman memiliki kulit wajah yang agak serius masalahnya. Untuk meyakinkan anda, marilah cik genius kongsikan gambar .




Nampak memang sangat menakutkan dan mengerikan . Tuan punya badan nak belek muka pun sedih dan stress. Tapi Alhamdulillah sekarang ini dah semakin selesai masalah cik genius. Apa yang cik genius buat ? Baca sini sekiranya anda berhasrat untuk menukar kepada pencuci muka yang baharu.

Mula mula dulu cik genius gunakan produk muka yang ada di lambakan kedai dan pasaran . Namun , mungkin tiada ilmu asas penjagaan wajah yang betul ,dengan masalah kulit berminyak lagi, maka jerawat semakin menaik.Kemudian,bermulalah fasa kehidupan yang baharu setelah bertemu dengan Shaklee. Syukur Alhamdulillah...


Tips Mudah Untuk Hilangkan Masalah Jerawat Yang Teruk

  • Jaga Pemakanan. Sesetengah orang mempunyai alergik terhadap sesetengah jenis makanan seperti telur, susu, keju dan juga makanan berminyak dan bergoreng. Perhatikan sekiranya anda mengambil produk tenusu dan yang mempunyai unsur belacan terutamanya, ada atau tidak jerawat yang naik.
Cik genius pernah naik jerawat selepas makan coklat, atau asyik makan telur satu minggu itu, dan juga apabila makan makanan yang berunsur belacan. Jerawat bukan sebarang jerawat, dia memang takkan kecut dan WAJIB meninggalkan bekas hitam . Dan masih ada terasa bonggol jerawat dalam kulit.

Penyelesaian: Cik genius consume produk Shaklee iaitu Alfafa dan Vitamin C untuk kurangkan masalah alergik . Dan cik genius memang takkan makan langsung makanan bergoreng dan terutamanya yang terlalu berminyak . Makanan yang berunsur belacan langsung tak disentuh dan memang boleh kata makanan favourite seperti fastfoods, maggi dan coklat serta aiskrim telah dibanned !

  • Wajib Cuci Muka Sebelum Tidur. Kita tak tahu apa kuman dan bakteria yang dah hinggap di wajah kita sebelum kita tidur. Mungkin sebelum tidur , kita ada berpeluh ada lap lap muka dengan hujung lengan baju ke,jadi kuman itu masih sedia ada di kawasan muka. Apabila muka dibersihkan terutamanya sebelum kita tidur, kulit wajah akan menjadi lebih bersih dan boleh bernafas secara semulajadi.
Dulu cik genius memang tak amalkan tips ini. Yelah, kadang kadang mata dah kuyu sangat, badan pun dah letih sangat, baring baring atas katil terus terlelap sampai Subuh. Kadang kadang lepas makan malam tu terus tidur . MasyaAllah.

Penyelesaian: Sekarang ini, cik genius wajib basuh muka dengan pencuci muka Nutriwhite Shaklee yang bersifat untuk melembutkan kulit wajah dan membersihkan kulit wajah secara langsung dari lapisan dalam. Penat macam mana pun , disebabkan dalam otak tu dah mindset takut jerawat timbul , jadi cepat cepat bersihkan muka.

  • Haram Pegang Muka Dengan Tapak Tangan.Tapak tangan ini boleh dikatakan sebagai lubuk segala jenis kuman. Mana tahu baru lepas makan kuih ke, terus pegang muka.Sediakan tisu atau sapu tangan kecil yang diperuntukkan khas hanya untuk lap kulit muka.
Cik genius dulu memang selalu lap muka guna hujung tudung . Kadang kadang lap pakai tapak tangan macam gitu saja. Dan selalunya lap guna tuala mandi setiap kali selepas mandi dan juga ambil wuduk.

Penyelesaian: Sekarang ni dah 'taubat', jadi cik genius memang akan lap guna sapu tangan atau tisu. Biasa kalau  balik kampung atau travel ke mana mana , tisu memang akan diperuntukkan khas hanya untuk lap muka sahaja. Lepas pakai terus buang . Senang bukan? Salah satu benda yang cik genius memang takkan buat langsung ialah lap muka gunakan tuala mandi . Wajib guna tuala khas yang lain dan kalau boleh tukar selalu.

Cik genius banyak lagi tips nak kongsi dengan anda semua untuk elakkan dari masalah jerawat yang serius dan juga cara anda hendak pudarkan jerawat . Apapun , kita lihat dulu kisah wanita ini yang 7 tahun mengalami masalah jerawat yang serius .




Sekiranya anda memiliki masalah yang sama, jangan segan segan untuk hubungi saya untuk konsultasi dan juga tips eksklusif yang bersesuaian untuk masalah kulit anda. Cepat ambil tindakan sekarang , barulah sempat nak tampil anggun dan cantik di Aidilfitri nanti dengan Set Kecantikan Shaklee !

Jangan lengah lengah lagi ! Lagi cepat anda bertindak , lagi cepat masalah wajah anda akan selesai !




2 comments

Write comments
2 June 2017 at 01:58 delete

Betul tu cik hasanah . Kena cuba dari sekarang baru nampak kesannya nanti ;)

Reply
avatar