Cara Mudah Untuk Membantu Anda Mengelakkan Gastrik Di Bulan Puasa

21:38 0 Comments A+ a-

Lagi tips menarik untuk cik genius kongsikan dengan anda semua terutamanya di bulan Ramadhan ini. Puasa dan gastrik sering dikaitkan bersama terutamanya dalam bulan Ramadhan. Dulu, cik genius selalu tertanya tanya adakah betul sekiranya seseorang itu mengalami masalah gastrik, dia tidak perlu berpuasa? Tapi, sekarang cik genius dah tahu rahsia besar untuk kita mengelakkan masalah gastrik di bulan puasa.


Gastrik ini dapat dilihat melalui tanda-tanda seperti yang berikut:

  • Rasa loya dan ingin muntah
  • Sakit perut terutamanya di bahagian atas perut
  • Terasa perut berangin dan berasid
  • Rasa sebu
  • Sakit kepala
Nota Kaki: Tips ini lebih sesuai diamalkan oleh mereka yang belum mengalami masalah gastrik atau hanya mengalami gastrik yang ringan . Untuk yang mengalami masalah gastrik yang agak kronik dan teruk, sila rujuk kepada doktor anda untuk rawatan dan juga konsultasi yang bersesuaian.

Tips Untuk Elakkan Masalah Gastrik Khususnya Di Bulan Ramadhan

  • Amalkan Sunnah Nabi Muhammad. Berbuka itu dipercepatkan dan sahur itu dilambatkan.Apabila seseorang itu melambatkan berbuka, lagi banyak asid di dalam perut akan dihasilkan dan ianya boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam dinding perut.

  • Minum Air Dengan Beberapa Teguk. Disebabkan terlalu menahan haus, kebiasaan orang akan menghabiskan segelas air dengan hanya sekali teguk sahaja.Hal ini akan menyebabkan perut tersalah anggap dan mengeluarkan lebihan asid untuk mencerna makanan yang ditelan sedangkan perut hanya penuh dengan air.

  • Elakkan Makanan Yang Boleh Memedihkan Perut. Berbuka dengan makanan yang pedas, bergoreng, masam dan berasid seperti lemon, oren, limau nipis dan sebagainya.Perkara ini sekiranya dipandang remeh boleh menyebabkan masalah gastrik bertambah teruk dan parah.

  • Berbuka Dengan Kuantiti Yang Sedikit Tetapi Kerap. Selain dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme badan, tips ini juga membanu untuk mengelakkan masalah gastrik dan juga mengelakkan perut dari 'terkejut'. Disarankan untuk berbuka dengan tiga biji kurma dan seteguk air dan terus menunaikan solat Maghrib.

  • Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buahan. Pengambilan sayuran beralkali seperti brokoli, kekacang dan juga sawi boleh meneutralkan asid di dalam perut yang terhasil .Malah, tips ini juga boleh mengelakkan rasa sakit perut dan ketidakselesaan perut yang mungkin boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati.
Atasi Gastrik Sepanjang Bulan Ramadhan



Pengambilan Supplemen Untuk Masalah Gastrik

  • Ostematrix Shaklee yang kaya dengan magnesium dan kalsium membantu untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut . Ia juga membantu untuk mengelakkan masalah pedih ulu hati.

  • B Complex Shaklee bertindak sebagai painkiller yang membantu untuk menenangkan pesakit gastrik . Juga bertindak sebagai penghilang sakit yang sementara.

  • ESP Shaklee membantu untuk meneutralkan asid  di dalam badan kerana kandungan alkalinya yang tinggi.Juga, memberikan rasa kenyang yang lebih lama .

  • Performance Drink Shaklee membantu untuk mengelakkan masalah dehidrasi serta membantu untuk menyeimbangkan kandungan elektrolit di dalam badan.


Mari kita lihat apa kata Puan Farahana yang menghidap masalah gastrik sejak 10 tahun yang lalu . Play video di bawah.




Jangan kita jadikan gastrik sebagai satu alasan untuk tidak berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan.Di samping kita berdoa agar dipermudahkan urusan ibadah kita , kita juga mestilah berusaha untuk mengubah nasib kita seperti yang disebut dalam Firman Allah S.W.T :

Aku tak akan mengubah nasib hamba-hambaku melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri [Ar-Rad:11]
Hubungi cik genius sekiranya anda menyimpan hasrat untuk mengatasi masalah gastrik anda dengan Set Gastrik Shaklee terutamanya di bulan puasa ini. Ingat, sunnah Nabi itu sudah tentu mengandungi 1001 hikmah yang baik untuk setiap umatnya.