Menu Sahur 3 Minit Yang Paling Mudah Untuk Kekal Cergas

15:07 1 Comments A+ a-

Syukur Alhamdulillah hari ini genap 8 hari kita berpuasa di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Memang tak dinafikan untuk menyediakan hidangan dan sajian pada waktu berbuka merupakan antara cabaran buat si ibu untuk memastikan setiap juadah itu mampu menarik perhatian seisi keluarga.



Lagi lagi pada waktu sahur, ada yang liat betul nak bangun, dah tu memilih pula . Tak nak nasilah , nak air panaslah dan pelbagai ragam lagi. Sekiranya anda mempunyai masa yang agak mencukupi untuk menyediakan juadah buat mereka, paling paling pun goreng telur dan tuang kicap, mungkin itu tidak menjadi masalah.

Namun, yang seringkali menjadi masalah ialah apabila jam penggera yang dikunci tidak pula berbunyi, kalau memang dah terbabas jauh memang tak mampu nak dilakukan apa apa lagi . Tetapi, jika anda masih mempunyai beberapa minit sebelum waktu Subuh, anda sempat untuk bersahur secara sihat sebenarnya !


Ini betul betul kisah cik genius sewaktu di asrama UIA Petaling Jaya, dah kunci jam , tak tersedar pula. Sedar sedar sahaja masing masing dah kelam kabut ada yang baru nak masak air, ada yang baru nak cuci mukalah dan sebagainya . Bayangkan waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 5.20 pagi !
Ini memang kenangan sungguh, macam satu row hostel tu bangun lambat sahur waktu tu ! Siap ada yang gosok gigilah apalah. Ah, jangan tak cik genius cuci muka ke tidak ya !  


Tapi, cik genius relax sajalah , apa yang cik genius buat ialah :

1.Ambil cawan dan tuang air sehingga separuh cawan.
2.Masukkan 1 1/2 sudu ESP Shaklee
3.Masukkan milo 3 in 1
4.Kacau dan minum

Mudah kan ? Ini memang sahur paling ekspress lah senang cakap. Malah, kelebihannya ialah ESP ini membantu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang berbuka puasa.Sangat membantu terutamanya untuk golongan yang :

  • Hamil
  • Menyusukan bayi
  • Pelajar
  • Orang yang bekerja
  • Tak makan pagi
  • Yang lambat bangun
Boleh campur milo sahaja ke cik genius ? Oh tidak ! Banyak lagi menu yang boleh anda cuba dan olah mengikut kesesuaian dan kegemaran anda ! Hanya campurkan dengan bahan kesukaan anda , gaulkan atau blender bersama .Selamat mencuba !










Antara Menu Yang Ringkas Boleh Dicuba Oleh Si Ibu Ialah :

  • Aneka sup seperti sup sayur,sup ayam dan sup ikan.
  • Telur dadar atau telur goreng
  • Ikan goreng
  • Sayur goreng atau kailan
  • Atau sediakan roti dan biskut untuk santapan seisi keluarga

Tips tips jugak ya , sahur jangan skip pula !


Alhamdulillah , apa kata kita rebut peluang ini untuk bersahur dan berpuasa dengan badan yang sihat dan cergas ? Akan datang, cik genius akan kongsikan tips untuk mengajak anak kecil bersahur di bulan Ramadhan. Orang putih kata, the more the merrier ;)

Jadi , untuk mendapatkan Set Sahur Ramadhan yang boleh membantu memberikan tenaga berpanjangan kepada anda, cepat hubungi cik genius dengan segera. Wajib tahu bahawa ESP ini selalu out of stock ya !

Rahsia Wanita Ini Berpuasa Dengan Cergas Walaupun Hamil




1 comments:

Write comments