Tips Untuk Kelihatan Cergas Dan Ceria Sepanjang Berpuasa

06:07 1 Comments A+ a-

 Ada sesetengah orang memang betul betul nampak 'pancit' apabila berpuasa . Sekiranya kita betul betul mengamalkan tips pemakanan yang sihat dan teratur, Ramadhan seharusnya menjadikan kita lebih baik dari bulan bulan yang lain sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.




Berpuasa di bulan Ramadhan tidak bererti bahawa kita harus memberhentikan kesemua aktiviti harian kita di bulan Ramadhan. Cuma, ada tips dan caranya yang perlu kita lakukan dan praktikkan untuk memastikan badan kita lebih bertenaga dan kita tak kelihatan begitu 'lembik' di bulan puasa.

Terutamanya untuk mereka yang perlu mengerah tenaga ketika waktu petang, seringkali terpaksa menahan ngantuk yang teramat .Ini berdasarkan pengalaman cik genius , tak pernah sekali pun hadapi waktu prep di sekolah dulu tanpa melelapkan mata di dalam kelas. Kawan kawan cik genius rata ratanya tidur di surau . Sayang masa terbazir begitu sahaja ,sepatutnya masa itu boleh digunakan untuk menyiapkan segala kerja yang tertunggak.

Memang kena puasa ke Syida ? Saya tengok bila awak puasa, awak nampak sangat letih . Macam menganggu je puasa ni? -Rakan cik genius ( Jangan salahkan beliau, beliau non-muslim )
Jadi, bila dah mula habis zaman sekolah, pemikiran pun semakin matang . Jadi, cik genius fikir ianya menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menunjukkan bahawa Islam itu indah dan seronok.Apa yang cik genius buat untuk atasi masalah ini?

  • Tak Skip Sahur Langsung. Walau penat macam mana pun , bila dah masuk universiti memang sinonim dengan tidur lambat , assignments dan macam macam lagi. Jadi, cik genius akan pastikan yang cik genius bersahur sekurang kurangnya dengan segelas air masak dan sebiji kurma.

  • Kurangkan Aktiviti Di Luar . Kadang kadang waktu petang, cik genius akan lepak duduk di court, tengok orang bersenam , ambil ambil angin, keluar beli barang dengan kawan kawan dan sebagainya . Tapi, untuk bulan puasa cik genius akan hadkan aktiviti yang boleh menyebabkan cik genius kehilangan tenaga yang banyak seperti banyak berjalan, terlampau kuat bersenam dan sebagainya.

  • Elakkan Makanan Dan Minuman Yang Manis. Waktu berbuka, cik genius memang jarang berbuka air manis. Kalau teringin sangat, maka cik genius akan beli atau bancuh sekali sekala dan itu pun ditambah dengan air masak untuk elakkan terlalu manis. Air manis ini boleh menyebabkan dehidrasi dalam badan.

  • Kurangkan Bercakap. Waktu bulan puasa ini, elakkan lah cakap benda yang tak elok . Cik genius akan banyak habiskan masa pada waktu siang untuk siapkan kerja yang tertungak dan settlekan semua laundry sebab cik genius tahu malam dah sibuk tarawih. Kalau penat sangat , cik genius akan lelapkan mata sekejap dalam 30 minit sebelum atau selepas Zohor. (Kadang kadang punyalah takut terbabas tidur, sanggup tidur kat kerusi meja belajar tu. Sakit pinggang nek jahhhh .) 


  • Pengambilan Air Masak Yang Mencukupi. Cik genius akan pastikan cik genius mengambil air masak yang cukup terutamanya selepas waktu berbuka. Setiap kali gap solat terawih, memang akan minum paling paling seteguk atau 2 teguk air masak. Pada bulan puasa ini, badan lebih mudah untuk kehilangan air pada waktu siang.
Itulah antara tips yang cik genius boleh kongsikan. Apa pun, ikut sunnah yang Rasulullah dah ajar. In Sha Allah mudah jadinya urusan seharian kita.

Tips Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia Dan Sememangnya Ianya Terbukti Berkesan



Set berpuasa yang terdiri daripada Mealshake, ESP Shaklee dan juga Performance Drink ini terkenal dengan gelaran Mighty 3 Gems. Set ini bertujuan untuk membantu :

  • Meningkatkan daya ingatan dan juga penumpuan terutamanya ketika bulan puasa
  • Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Membantu untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Memberikan sumber vitamin dan nutrien yang lengkap di dalam badan
  • Menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan mengelakkan masalah badan kurang air
Lihat apa kata rahsia beliau kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan .




    Anda boleh hubungi cik genius sekarang untuk mendapatkan Set Mighty 3 Gems anda yang boleh membantu anda untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan ini . Semoga dipermudahkan segala urusan untuk beribadah dan mencari keredhaanNya terutamanya di bulan yang mulia ini.


    1 comments:

    Write comments
    9 June 2017 at 20:52 delete

    sangat bermanfaat tips ni... mudah diamalkan. ibadah puasa pun tak jadi sia2... :)

    Reply
    avatar