Tips Menabung Yang Paling Mudah Diamalkan Untuk Masa Depan Anda

10:45 1 Comments A+ a-

Tanpa perancangan kewangan yang betul, seseorang akan selalu terlari bajet untuk kos sara kehidupan mereka dan seringkali mengalami masalah tak cukup duit pada hujung bulan. Tak kiralah sama ada pelajar atau wanita dan lelaki bekerjaya, anda wajib untuk membuat simpanan tak kiralah apa jua tujuan anda menyimpan, yang penting kena simpan !



Cik genius dari kecil memang suka menyimpan, tak kisahlah duit 1 sen ke , duit 5 sen ke , memang akan bagi penuh satu tabung. Dulu memang beria simpan sebab bila masukkan duit ke dalam bank Rakyat, untuk kanak kanak mereka akan hadiahkan tabung yang berbentuk macam harta karun tu. Seronokkan ?

Nak menyimpan, tak perlu tunggu duit berkepuk dalam poket baru nak simpan duit . Mulai sekarang pun sebenarnya anda dah boleh mula menyimpan ! Ikut sahaja tips di bawah, mesti simpanan anda akan bertambah !

#Bayar Diri Anda Dahulu

Bila dapat gaji atau duit belanja atau duit raya atau duit apa sekalipun , anda mesti asingkan untuk simpanan anda terlebih dahulu . Percayalah cakap cik genius, kalau anda masih amalkan konsep berbelanja sebelum menyimpan, sampai bila bila anda tidak akan berjaya untuk menyimpan !

#Simpan Si Syiling

Ini khas untuk orang orang yang boleh bersabar. Syiling ini bukan seminggu dua simpan dah boleh dapat beratus ringgit tau . Makan berbulan bahkan juga bertahun ! Cik genius amalkan menyimpan syiling sejak dari awal 2016 hingga ke Oktober 2016, baru ada dalam RM 70 . Itupun ada juga mengelat sebab ada guna duit syiling untuk isi air dan rakan rakan yang minta tukar duit. Tapi ianya sangat berbaloi untuk anda cuba !

#Simpan Si Oren Dan Hijau

Tips ini kena lihat juga kepada kemampuan . Kalau anda mampu nak simpan kedua dua warna ,iaitu oren yang bernilai RM20 dan si hijau yang bernilai RM5 , apa salahnya . Kalau istiqamah dan berdisiplin , memang boleh cecah hingga beratus . Cik genius pernah simpan RM5 untuk satu sem dan berjaya kumpul sehingga RM300. Bestkan ?

#Bijak Mengawal Perbelanjaan

Nak menyimpan duit, memang kena kuat ! Jujur dari hati cik genius cakap, bukan mudah lagi lagi apabila banyak benda kita nak beli . Macam cik genius, sibuk nak beli beg baru, set kecantikan muka lagi, supplemen lagi, bajulah tudunglah , macam macam ! Tapi, cik genius akan tengok yang mana satu yang paling utama dan berguna . Yang mana yang kalau tak ada pun tak apa . Jadi, cancel outlah barang yang tak perlu, maka duit itu pun boleh disimpan. Tentang tips bijak mengawal perbelanjaan ini cik genius akan kongsikan panjang lebar dalam satu entry khas nanti. In Sha Allah.

Rasanya cukuplah sekadar ini dahulu tips yang paling umum yang boleh cik genius kongsikan . Nampak macam cliche, tapi berapa ramai sebenarnya yang boleh menyimpan duit dengan cara begini ?


Kadang kadang, pernah tak terfikir ,nak jimat pun, dah tak tahu macam mana lagi . Sekarang ini, bukan sekadar jimat sahaja, anda perlu mengorak langkah untuk menjana pendapatan sampingan !

Tapi, saya tak ada asas bisnes ..

Saya pemalu, macam mana nak berbisnes ??

Saya nak bisnes apa??

Bila sebut soal bisnes , bermakna kita hendak mencari duit lebih . Untuk tambah duit poket kita , bukan sebaliknya . Dan sebab itulah cik genius membuka peluang untuk anda bersama cik genius menjana pendapatan sampingan . Cik genius faham mesti ada sebab sebab tertentu yang menyebabkan anda terpaksa mencari duit tepi. Dengan modal serendah RM80 SM/RM90 SS , anda memang layak untuk merasai pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee.

Sekiranya anda mempunyai kata kata yang membantutkan anda dari menyertai cik genius atau mengubah nasib kehidupan anda, cepat cepat baca kenapa anda perlu kekal bersama cik genius.

Sekiranya anda sudi untuk dibimbing oleh saya, mentor Shaklee anda , cepat cepat hubungi cik genius! Bersama tips tips eklusif yang dipelajari khas dari masters Shaklee yang berpengalaman . Segalanya akan cik genius kongsikan dengan anda .Jangan tunggu lama lama lagi !