Tips Untuk Persediaan Yang Rapi Sebelum Melangkah Ke Alam Universiti

06:09 0 Comments A+ a-

Ada berbaki lebih kurang 3 bulan sebelum cik genius akan berdaftar di UIA Kuantan . Alhamdulillah . Jangan tanya macam mana persiapan cik genius, lama lagi tu kalau nak berkemas sekarang kan? Tetapi memandangkan junior CFS IIUM telah sibuk mendaftar , jadi cik genius pun terpanggil untuk berkongsi pengalaman menyediakan persediaan untuk melangkah ke dunia yang baharu .

Disclaimer: Entry kali ini juga lebih bertujuan untuk menjadi sumber rujukan buat rakan rakan yang akan mendaftar dan juga diri ini yang semakin naik lemak kerana telah cuti selama 9 bulan . Segala isi kandungan yang ditulis boleh diolah mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Diri ini menulis mengikut keperluan dan keinginan hatinya sendiri. 




Persediaan Fizikal Yang Perlu Ada [Checklist]

Pakaian


  • Baju kurung/Baju Melayu (2 pasang)
  • Jubah (2 pasang)
  • Skirt (2)
  • Tshirt lengan panjang(2)
  • T shirt basahan(4)
  • Seluar slack(1)
  • Seluar Jeans(1)-Di CFS tak dibenarkan -Di main campus, pakai untuk keluar boleh kot HAHAHA-Baca Disclaimer
  • Seluar tidur(3)
  • Tracksuit(2)
  • Pakaian peribadi-Pandai pandai ya listkan
  • Stokin-5 pasang atau lebih
  • Anak tudung dan inner(2)
  • Tudung sarung(3)
  • Tudung kelas-(5)
  • Sarung tangan(3)
  • Sapu tangan
Alat Tulis

Jangan ingat zaman dah serba serbi moden ,semuanya di hujung jari ya . Terpulang kalau nak buat notes using your tabs, ipads or phones , but I do prefer using the oldschools unless it does involve the using of slides and they do have a lot of pictures , i will just snap the picture of the slide.

  • Buku kosong(3)-Untuk guna catat notes
  • Testpad(1)
  • Kertas A4
  • Pen hitam dan biru-3 each
  • Ubat pensil buncho
  • Pemadam
  • Pensil
  • Pembaris
  • Pengasah pensil
  • Pembalut buku
  • Salotap
  • Pisau(penknife)
  • Gam
  • Gunting
  • Pen magis-untuk cik genius buat my own notes
  • File for each subject-This one , i will just recycle my old spm files and also the used one during CFS
  • Sticky notes
  • Kertas memo
  • Pembaris panjang
  • Thumbtack
Toiletries

  • Syampu dan conditioner
  • Berus gigi(2)
  • Ubat gigi
  • Pencuci muka
  • Masker
  • Sabun gatal
  • Sabun mandi
  • Bedak
  • Deodoran
  • Minyak rambut
  • Herbal blend
  • Losyen
  • Sikat
  • Baldi
  • Gayung
Laundry

  • Sabun basuh baju(liquid)-masuk dalam botol je
  • Pewangi-pun masuk dalam botol
  • Berus
  • Hanger secukupnya
  • Bakul
  • Sabun Fab
Kasut

  • Kasut kelas
  • Sandal
  • Kasut sukan
  • Selipar tandas
  • Selipar dalam bilik-hehehe
Keperluan lain

  • Torchlight
  • Jarum dan alatan menjahit
  • Minyak angin
  • Pengetip kuku
  • Kain buruk lap kaki
  • Kain lap
  • Plastik sampah
  • Pisau
  • Tisu
  • Getah rambut
  • Heater
  • Extension wire

Makanan Dan Minuman

  • Biskut secukupnya
  • Minuman 3 in 1
  • Cawan
  • Pinggan
  • Mangkuk
  • Tupperware
  • Sudu dan garfu
Dokumen Penting (Letakkan dalam satu fail khas)

  • IC diri sendiri dan salinan
  • Lesen memandu jika ada
  • Salinan surat beranak
  • Salinan IC Ibu bapa
  • Slip gaji ibu bapa
  • Sijil dan salinan
  • slip keputusan SPM
  • Nombor surat beranak atau IC adik beradik
  • Gambar passport (Sekurang kurangnya 4keping)
Ada yang berpendapat tidak perlu bawa, tapi cik genius hanya buat persediaan awal sebab macam waktu nak graduate CFS hari itu, sewaktu kami nak isi borang untuk interview tak silap, ada memerlukan slip keputusan SPM(salinan) dan juga gambar passport. Disebabkan cik genius dah sediakan awal awal, tak adalah masalah kena call rumah dan scan atau sebagainya .

Makanan Tambahan Cik Genius

  • ESP Shaklee- untuk sumber tenaga
  • Vitamin E - untuk masalah parut
  • Herblax- untuk bersihkan usus
  • Ostematrix- untuk tidur lena
  • GLA-untuk stabilkan hormon
  • Herbal Blend-krim muka pada waktu malam dan bertindak untuk melembutkan kulit wajah dan berfungsi sebagai lipbalm
Persediaan Mental Dan Rohani Yang Sering Diabaikan

  • Bawa Al Quran
  • Bawa mathurat kecil
  • Bawa yasin
Mathurat mungkin boleh download dalam handphone , tetapi sekurang kurangnya bawalah Al Quran ke mana mana .

Sedikit pesanan untuk rakan rakan dan juga untuk diri cik genius yang sering leka dan lalai , perbanyakkan diri dengan Tuhan untuk memastikan kita sentiasa tenang dan tenteram.

Mula sahaja selepas Subuh , cuba amalkan surah Al A'la dan pada ayat ke 6 ulang sebanyak 11 kali dan amalkan surah Al Waqiah. Jangan tidur selepas Subuh dan bangun satu jam awal sebelum Subuh untuk Qiamullail , membersihkan diri dan mengulangkaji pelajaran.

Sekiranya berkesempatan , amalkan solat sunat dhuha 2 atau 4 rakaat setiap hari.

Kemudian,selepas Asar amalkan Surah Al Kahfi dan selepas waktu maghrib amalkan surah Ar Rahman.

In Sha Allah semoga kita akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sebelum cik genius terlupa, seeloknya di dalam phone anda, download apps, microsoft office(tak ingat the exact name tapi lebih kurang macam itulah)-untuk memudahkan download files, notes dalam apa jua bentuk sama ada PDF,Words atau Powerpoint sekalipun. Kemudian, apps Uber/Grabcar-mudah nak ke mana mana, kadang kadang bas lambat sangat dan teramat sesak dah macam sardin .Seterusnya, apps notes-senang nak jot down any kinds of work or deadline that you have.Seterusnya, tafsir Quran-ada kelas yang lecturer akan guna tafsir dari Quran and just to make you easier, boleh baca Quran di mana sahaja.

Last but not least, anggaplah nak masuk universiti/kolej/matrik atau mana mana sekalipun, kita ni macam nak mula hidup baru and we are going to have a fresh start right ? Disarankan dan dicadangkan kepada anda semua, ciptalah akaun email yang lebih profesional dan ingat sampai bila bila password email tu, anggaplah nak guna sampai tahap pendidikan anda yang tertinggi.

Usahlah dicipta email seperti duckbaby@yahoo.com atau babycayunkmuah@gmail.com, seeloknya gunakan nama anda yang betul seperti senahbintiabu89@yahoo.com atau fattahamin@gmail.com.


Apapun , selamat maju jaya kepada semua rakan rakan ! Tahniah kerana berjaya menyambung pendidikan ke tahap yang seterusnya . Ingatlah, menuntut ilmu juga suatu ibadah . In Sha Allah, pada entry yang lain, cik genius akan kupaskan pengalaman di CFS dan pengajaran yang diambil rentetan pengalaman tersebut untuk ditambah baik pada tahap pendidikan yang seterusnya . All the best guys !