Showing posts with label Tips Untuk Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Tips Untuk Pelajar. Show all posts

Tips Untuk Persediaan Yang Rapi Sebelum Melangkah Ke Alam Universiti

Ada berbaki lebih kurang 3 bulan sebelum cik genius akan berdaftar di UIA Kuantan . Alhamdulillah . Jangan tanya macam mana persiapan cik genius, lama lagi tu kalau nak berkemas sekarang kan? Tetapi memandangkan junior CFS IIUM telah sibuk mendaftar , jadi cik genius pun terpanggil untuk berkongsi pengalaman menyediakan persediaan untuk melangkah ke dunia yang baharu .

Disclaimer: Entry kali ini juga lebih bertujuan untuk menjadi sumber rujukan buat rakan rakan yang akan mendaftar dan juga diri ini yang semakin naik lemak kerana telah cuti selama 9 bulan . Segala isi kandungan yang ditulis boleh diolah mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Diri ini menulis mengikut keperluan dan keinginan hatinya sendiri. 




Persediaan Fizikal Yang Perlu Ada [Checklist]

Pakaian


  • Baju kurung/Baju Melayu (2 pasang)
  • Jubah (2 pasang)
  • Skirt (2)
  • Tshirt lengan panjang(2)
  • T shirt basahan(4)
  • Seluar slack(1)
  • Seluar Jeans(1)-Di CFS tak dibenarkan -Di main campus, pakai untuk keluar boleh kot HAHAHA-Baca Disclaimer
  • Seluar tidur(3)
  • Tracksuit(2)
  • Pakaian peribadi-Pandai pandai ya listkan
  • Stokin-5 pasang atau lebih
  • Anak tudung dan inner(2)
  • Tudung sarung(3)
  • Tudung kelas-(5)
  • Sarung tangan(3)
  • Sapu tangan
Alat Tulis

Jangan ingat zaman dah serba serbi moden ,semuanya di hujung jari ya . Terpulang kalau nak buat notes using your tabs, ipads or phones , but I do prefer using the oldschools unless it does involve the using of slides and they do have a lot of pictures , i will just snap the picture of the slide.

  • Buku kosong(3)-Untuk guna catat notes
  • Testpad(1)
  • Kertas A4
  • Pen hitam dan biru-3 each
  • Ubat pensil buncho
  • Pemadam
  • Pensil
  • Pembaris
  • Pengasah pensil
  • Pembalut buku
  • Salotap
  • Pisau(penknife)
  • Gam
  • Gunting
  • Pen magis-untuk cik genius buat my own notes
  • File for each subject-This one , i will just recycle my old spm files and also the used one during CFS
  • Sticky notes
  • Kertas memo
  • Pembaris panjang
  • Thumbtack
Toiletries

  • Syampu dan conditioner
  • Berus gigi(2)
  • Ubat gigi
  • Pencuci muka
  • Masker
  • Sabun gatal
  • Sabun mandi
  • Bedak
  • Deodoran
  • Minyak rambut
  • Herbal blend
  • Losyen
  • Sikat
  • Baldi
  • Gayung
Laundry

  • Sabun basuh baju(liquid)-masuk dalam botol je
  • Pewangi-pun masuk dalam botol
  • Berus
  • Hanger secukupnya
  • Bakul
  • Sabun Fab
Kasut

  • Kasut kelas
  • Sandal
  • Kasut sukan
  • Selipar tandas
  • Selipar dalam bilik-hehehe
Keperluan lain

  • Torchlight
  • Jarum dan alatan menjahit
  • Minyak angin
  • Pengetip kuku
  • Kain buruk lap kaki
  • Kain lap
  • Plastik sampah
  • Pisau
  • Tisu
  • Getah rambut
  • Heater
  • Extension wire

Makanan Dan Minuman

  • Biskut secukupnya
  • Minuman 3 in 1
  • Cawan
  • Pinggan
  • Mangkuk
  • Tupperware
  • Sudu dan garfu
Dokumen Penting (Letakkan dalam satu fail khas)

  • IC diri sendiri dan salinan
  • Lesen memandu jika ada
  • Salinan surat beranak
  • Salinan IC Ibu bapa
  • Slip gaji ibu bapa
  • Sijil dan salinan
  • slip keputusan SPM
  • Nombor surat beranak atau IC adik beradik
  • Gambar passport (Sekurang kurangnya 4keping)
Ada yang berpendapat tidak perlu bawa, tapi cik genius hanya buat persediaan awal sebab macam waktu nak graduate CFS hari itu, sewaktu kami nak isi borang untuk interview tak silap, ada memerlukan slip keputusan SPM(salinan) dan juga gambar passport. Disebabkan cik genius dah sediakan awal awal, tak adalah masalah kena call rumah dan scan atau sebagainya .

Makanan Tambahan Cik Genius

  • ESP Shaklee- untuk sumber tenaga
  • Vitamin E - untuk masalah parut
  • Herblax- untuk bersihkan usus
  • Ostematrix- untuk tidur lena
  • GLA-untuk stabilkan hormon
  • Herbal Blend-krim muka pada waktu malam dan bertindak untuk melembutkan kulit wajah dan berfungsi sebagai lipbalm
Persediaan Mental Dan Rohani Yang Sering Diabaikan

  • Bawa Al Quran
  • Bawa mathurat kecil
  • Bawa yasin
Mathurat mungkin boleh download dalam handphone , tetapi sekurang kurangnya bawalah Al Quran ke mana mana .

Sedikit pesanan untuk rakan rakan dan juga untuk diri cik genius yang sering leka dan lalai , perbanyakkan diri dengan Tuhan untuk memastikan kita sentiasa tenang dan tenteram.

Mula sahaja selepas Subuh , cuba amalkan surah Al A'la dan pada ayat ke 6 ulang sebanyak 11 kali dan amalkan surah Al Waqiah. Jangan tidur selepas Subuh dan bangun satu jam awal sebelum Subuh untuk Qiamullail , membersihkan diri dan mengulangkaji pelajaran.

Sekiranya berkesempatan , amalkan solat sunat dhuha 2 atau 4 rakaat setiap hari.

Kemudian,selepas Asar amalkan Surah Al Kahfi dan selepas waktu maghrib amalkan surah Ar Rahman.

In Sha Allah semoga kita akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sebelum cik genius terlupa, seeloknya di dalam phone anda, download apps, microsoft office(tak ingat the exact name tapi lebih kurang macam itulah)-untuk memudahkan download files, notes dalam apa jua bentuk sama ada PDF,Words atau Powerpoint sekalipun. Kemudian, apps Uber/Grabcar-mudah nak ke mana mana, kadang kadang bas lambat sangat dan teramat sesak dah macam sardin .Seterusnya, apps notes-senang nak jot down any kinds of work or deadline that you have.Seterusnya, tafsir Quran-ada kelas yang lecturer akan guna tafsir dari Quran and just to make you easier, boleh baca Quran di mana sahaja.

Last but not least, anggaplah nak masuk universiti/kolej/matrik atau mana mana sekalipun, kita ni macam nak mula hidup baru and we are going to have a fresh start right ? Disarankan dan dicadangkan kepada anda semua, ciptalah akaun email yang lebih profesional dan ingat sampai bila bila password email tu, anggaplah nak guna sampai tahap pendidikan anda yang tertinggi.

Usahlah dicipta email seperti duckbaby@yahoo.com atau babycayunkmuah@gmail.com, seeloknya gunakan nama anda yang betul seperti senahbintiabu89@yahoo.com atau fattahamin@gmail.com.


Apapun , selamat maju jaya kepada semua rakan rakan ! Tahniah kerana berjaya menyambung pendidikan ke tahap yang seterusnya . Ingatlah, menuntut ilmu juga suatu ibadah . In Sha Allah, pada entry yang lain, cik genius akan kupaskan pengalaman di CFS dan pengajaran yang diambil rentetan pengalaman tersebut untuk ditambah baik pada tahap pendidikan yang seterusnya . All the best guys !



Bisnes Yang Paling Seronok Untuk Menjana Pendapatan Sampingan

Zaman sekarang ini zaman serba serbi memerlukan duit. Maksudnya begini, sekarang ini dah tak relevan sekiranya wujud suri rumah yang hanya duduk tanpa menjana pendapatan sampingan . Bukan itu sahaja, rata rata pelajar sekarang ini juga dah mula mengorak langkah untuk menjadi usahawan muda . Ada juga mereka yang sudah pun mempunyai pendapatan hakiki , namun dek kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka terpaksa mencari pendapatan sampingan yang lain.



Untuk cik genius, banyak sebenarnya bisnes sebelum ini yang cik genius cuba , tapi tidak pernah seseronok dan sesteady bisnes Shaklee.Apa yang seronok sangat dengan bisnes Shaklee ini sampaikan cik genius dah tak termakan dengan tawaran dari bisnes bisnes lain ?

  • Percutian mewah ke seluruh dunia
  • Ada untung runcit untuk setiap pembelian vitamin
  • Bonus khas setiap bulan berdasarkan point tertentu
  • Bonus leader untuk yang layak
  • Bonus khas untuk pembayaran kereta
Dan macam macam lagi kelebihan yang ditawarkan. Dan bukan itu sebenarnya yang cik genius nak highlightkan , sebenarnya ada rahsia kenapa cik genius secara peribadinya memilih Shaklee.

Moto cik genius bukanlah untuk menjual semata mata, ianya lebih berbentuk untuk berkongsi penyelesaian kepada masalah kesihatan anda dan berkongsi pengalaman yang telah cik genius rasai dengan produk Shaklee.

SHAKLEE BUKAN VITAMIN CAP AYAM

Shaklee ini bukan calang calang produk yang hari ini buat packaging semua, esok dah boleh release untuk dijual .Shaklee dh lakukan kajian yang bernilai berbiliion ringgit untuk memastikan produknya sentiasa selamat dan berkualiti. Jadi, dengan itu cik genius nak kongsikan kisah tentang Saintis Shaklee yang hebat iaitu :

  • Dr. Forrest Shaklee
Beliau ini merupakan pengasas Shaklee dan pada pendapat beliau , manusia ini kebanyakkannya walaupun mereka telah makan secara berlebihan , badan mereka tetap tidak mencukupi nutrien. Dan sejak itu, beliau yakin bahawa kekurangan nutrisi di dalam badan menjadi punca kepada segala jenis penyakit.

Dan dengan itu, beliau pun mencipta vitamin moden yang pertama iaitu 'vitalized minerals' pada tahun 1915. Malah, yang paling menarik , perkataan vitamin dikatakan diekstrak atau dicipta berdasarkan perkatan 'vitalized minerals'.

Master Adilah Manaf dan suami tercinta,Master Fahmy Shuhaimi bergambar bersama Dr.Yasuhiko Kojima

  • Dr.Yasuhiko Kojima
Beliau ini merupakan saintis Shaklee yang menerima PHD in Medical Science di Universiti Tokyo telah berjaya membuat kajian mengenai interferon-sejenis protein yang dihasilkan oleh sel untuk melawan patogen seperti virus dan bakteria di dalam badan . Disebabkan tertarik dengan konsep Dr. Forest Shaklee iaitu ; harmony with nature , beliau berjaya menemukan tumbuhan semulajadi setelah melalui 40 tahun tempoh kajian.

Maka, berdasarkan kajian Interferon beliau yang tercetus sewaktu beliau membuat kajian mengenai vaksin smallpox ,akhirnya terhasillah Nutriferon Shaklee, makanan tambahan yang membantu untuk meningkatkan imun sistem badan . Alhamdulillah, kekal sehingga ke hari ini Nutriferon Shaklee !

  • Dr. Elizabeth Blackburn
Kalau nak tahu, beliau ini telah mengkaji telomere di dalam DNA kita -pangkal pada kromosom kita yang berfungsi melindungi kromosom dan sel kita dari radikal bebas yang menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Beliau juga merupakan orang yang berjaya menemukan telomerase-enzim yang membantu untuk memperbaharui telomere .

Bayangkan macam ni sahajalah, tali kasut sukan kita itu, hujungnya ada seperti plastik bukan? Plastik itu bertujuan untuk jaga tali itu daripada rosak . Amacam ? Cukuplah itu info untuk dedahan umum pengetahuan am kita. Jangan tak tahu, penerima PHD dari University Cambridge ini pernah menjadi Scientific Board Advisor Shaklee.

  • Dr.Gladys Block
Beliau merupakan seorang profesor yang diberi gelaran profesor emeritus di Berkeley University California. Seperti Dr Khoo Kay Kim , seorang sejarahwan negara yang pernah diberikan gelaran profesor emeritus ini kerana pernah terlibat dalam penubuhan rukunnegara.

Profesor emeritus merupakan gelaran kepada profesor yang tidak lagi mengajar dan boleh dikatakan telaha bersara .Profesor ini masih diingati sebagai profesor yang telah memberikan banyak sumbangan kepada negara dengan jayanya.
Pada suatu hari, beliau tertanya tanya 'eh eh betul ke vitamin ini boleh naiktarafkan kesihatan aku. Aku nak buat researchlah pasal vitamin ini' . Jadi , bermulalah perjalanan beliau untuk mengkaji vitamin dari produk vitamin yang telah dipasarkan NAMUN semua proposal beliau telah ditolak secara mentah mentah . Kenapa ya ??

Sebab, Dr. Gladys Block ini untuk kajian beliau , sama ada vitamin itu ada kesan buruk atau baik , atau memang bahaya sama sekali, beliau takkan langsung simpan buat harta sendiri, tetapi segalanya akan didedahkan untuk tatapan umum.

Jadi, Shaklee pun terdengar tentang Dr.Gladys Block ini, maka dengan rela hati, mereka meminta Dr.Gladys Block untuk membuat kajian mengenai vitamin Shaklee dan segala eksperimen dan bahan bahan telah disponsor oleh Shaklee.

Hasilnya, maka tercetuslah kajian yang dipanggil sebagai landmark study . Kalau betul Shaklee ini bahaya , ada kesan sampingan, takkanlah sampai Dr. Forest Shaklee nak jerut leher sendiri yedak? Banyak duit dah labur tu untuk produk Shaklee ini!

And last but not least , :

  • Dr. Bruce Daggy
Asalnya beliau ini merupakan Vice President(VP) Research  &Development(R&D)GlaxoSmithKline iaitu syarikat pharmaceutical terhebat di dunia . Setelah menemui landmark study yang dihasilkan oleh Dr.Gladys Block tadi, beliau rasa sangat kagum dengan keberkesanan Shaklee yang sehingga 40 tahun menggunakan Shaklee.

Juga terkesan dengan moto Shaklee iaitu ; dijamin selamat, dijamin berkesan , dijamin semulajadi, maka beliau dengan rela hatinya berkhidmat sebagai Senior VP R&D Chief Science Office di Shaklee sehingga ke hari ini.

Menarikkan ? Ha , inilah antara sebab terbesar mengapa cik genius memilih Shaklee sebagai bisnes cik genius . Shaklee ini bukan sahaja membantu untuk menaiktarafkan kesihatan kita,malah membantu juga menyediakan platform kerjaya buat kita. Dengan yuran keahlian sebanyak RM80 SM/RM90 SS , anda boleh menjadi ahli untuk makan sendiri atau untuk berbisnes .

Produk bagus ini mottonya begini ; the effect talks by itself ! Shaklee is the best , and nothing will ever come second ! Masih tak percaya bisnes Shaklee memang tiptop? Cuba play video di bawah .





    Kami panggil bisnes kami sebagai bisnes 24 jam, alah macam 7 eleven tu ! Jangan tak tahu, tengah busy mandikan anak, tidur malam, makan pun order masuk berderu deru !

    Nak tahu apa rahsianya untuk menjana pendapatan sampingan sehingga mencecah 5 dan 6 angka ? Kena join team cik genius dahulu ! Barulah ekslusif konsultasi dan semua tips tips bisnes kami ! Tapi, cik genius tak nak anda sampai tersalah pilih mentor Bisnes Shaklee, jadi seeloknya anda baca 3 Perkara Penting Sebelum Mendaftar Menjadi Ahli Shaklee agar tidak berlaku penyesalan di kemudian hari.


    Itu pun kalau anda sudi lah mengubah nasib kehidupan dan kesihatan hidup anda bersama cik genius . Cik genius akan curahkan segala ilmu yang cik genius perolehi dari semua otai otai Shaklee .Bukan cikai cikai punya tips tau !  

    Sekiranya anda berminat untuk teruskan keahlian , jangan segan segan terus hubungi cik genius secepat mungkin ! ANDA sangat sangat sangat dialu alukan dalam keluarga kami ;)





    5 Tips Belajar Yang Berkesan Untuk Diamalkan Oleh Para Pelajar

    Assalammualaikum .

    Seringkali kita tercari cari bukan tips belajar yang berkesan ?Mana tidaknya , dah rasa diri ini bertungkus lumus belajar pun masih tak dapat keputusan yang memuaskan .Entah di mana silapnya , tak dapat anda ketahui bukan ?Jeles tengok kawan kawan yang dapat result excellent ?Jangan risau !Belum terlambat untuk anda berubah .


    Ketahuilah , tips ini telah saya sendiri amalkan dan rasai penangannya .Cehwahh .Hahaha .Harap bermanfaat ya :)

    Cara Yang Betul Untuk Belajar 

    1.Betulkan niat



    Tekankan betul betul .Niat kita belajar biar kerana Allah . Mungkin ramai yang tak tahu apa maksudnya belajar kerana Allah .Mari saya terangkan .

    Kita belajar , menuntut ilmu untuk membantu orang lain . Untuk membantu orang yang dalam kesusahan . Untuk belajar tentang sesuatu yang baru . Untuk mensyukuri nikmat Allah dan juga untuk mencari keredhaan Allah .Itulah niat yang sebenar benarnya.

    Jangan hanya belajar untuk grades ya , atau untuk anugerah atau apa apa sahaja .Kalau kita utamakan Allah dalam kehidupan kita , In Sha Allah Allah akan permudahkan segalanya untuk kita .

    2.Buat nota sendiri





    Benda ni sangat penting !! Take note ya kawan kawan !Kenapa saya kata nota anda sendiri penting ialah kerana ketika dalam beberapa bulan atau minggu lagi nak exam , memang dah tak sempat untuk kita baca buku teks yang memang tebal tu . Bak kata kawan saya , buku teks di universiti tu ibarat BATU BERSURAT TERENGGANU.Hahaha .

    Saya sarankan apa kata anda beli buku tulis yang dekat kedai tu .Asingkan ikut subjek ya . Lepas tu time dalam kelas atau kuliah tu , catat semua benda dalam tu . Saya kurang galakkan anda untuk gunakan testpad ketika dalam kelas . Sebab kalau saya biasanya separuh daripada tetspad tu saya akan guna untuk melukis .Hehe.

    Tapi kalau nak guna kertas A4 atau testpad untuk membuat nota , make sure simpan dalam fail dalam keadaan yang teratur okey ?

    3.Buat latihan dan kerja rumah 


    Benda ini pun memang wajib anda buat !! Dulu saya memang pemalas nak buat homework (time zaman form 5) hehe . shh. Tapi penangan dia aduhai,memang meleleh air mata nak catch up balik tau .Ada sebabnya kenapa cikgu bagi kita latihan , homework , sebab biasanya itulah dia bentuk soalan , ataupun soalan ramalan yang akan keluar exam , In Sha Allah .Mostly , 90% of it really comes out in exam .

    Dan dari latihan dan homework jugalah anda akan belajar dari kesilapan . Anda lebih terbuka dengan mana mana jenis soalan yang diberi . Siapa yang untung ??Cikgu ataupun anda ??

    4.Fokus dalam kelas


    Kalau anda tak fokus dalam kelas , nak belajar sendiri jangan lah harap . Pemahaman yang cikgu anda beri sangat berbeza dengan apa yang rakan anda beri dan juga apa yang diri anda kaji sendiri .

    Ramai yang saya lihat, termasuklah juga dengan diri saya yang sentiasa leka ini ,
    "Tak apalah , nanti aku catch up sendiri."

    Masya Allah , say no no no !!

    5.Ulangkaji yang secukupnya




    Okay. Benda ni pun memang wajib anda buat . Kenapa ? Sebab , dalam kelas kita tak berapa nak faham sangat dengan apa yang madam atau cikgu kita ajar . Macam mana kita nak lebih faham ? Kita kena dan wajib semak dan lihat balik nota yang kita catat tadi dalam kelas .

    See, nampak tak kepentingan buat nota sendiri .In Sha Allah , dalam entry yang lain akan saya kupaskan tips membuat nota yang In Sha Allah berkesan untuk otak kita :)

    Tips tips lain seperti berdoa , menghormati guru . Itu memang sudah semestinya . Benda benda biasa sahaja semua itu .

    Antara masalah lain yang seorang pelajar akan alami ialah seperti mengantuk , tidak suka subjek tertentu , malas dan sebagainya .

    Jangan risau ! Ada tips lain nanti yang akan saya kongsikan dengan anda ! Stay tuned ya !! Sekiranya anda ada apa apa masalah ,apa apa sahaja , jangan segan segan hubungi saya !! Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda ya !

    Ataupun anda nak menjana pendapatan dari rumah bersama saya ?? Jom hubungi saya ! Saya akan tunjukkan anda caranya :)





    Punca Kepada Masalah Badan Letih Dan Lesu


    Masalah badan selalu letih dan lesu ini hampir dialami oleh setiap orang . Mungkin disebabkan oleh masalah masalah kesihatan yang tidak diketahui , atau mungkin juga tidak mendapat rehat yang secukupnya . Persoalannya , adakah masalah ini bakal berlarutan dan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita ?






    Antara sebab badan menjadi letih ialah kerana :

    1. Anaemia

    Kekurangan sel darah merah menyebabkan oksigen sukar untuk diangkut ke bahagian organ badan yang memerlukan oksigen .Ada juga sesetengah kes yang disebabkan oleh kekurangan unsur haemoglobin di dalam darah yang mempunyai mineral iron yang bertujuan untuk mengangkut oksigen ke anggota badan .Oksigen penting untuk memastikan badan berfungsi dengan lebih baik dam teratur.

    2. Tidur Yang Tidak Mencukupi

    Purata manusia untuk tidur satu malam ialah lebih kurang 7-8 jam . Akan tetapi , cik genius ada terbaca tak kisah pun berapa lama kuantiti jam kita tidur , yang pasti , tidur itu berkualiti . Tidur ketika betul betul mengantuk dan pastikan keadaan sekeliling kita selesa dan nyaman.

    3.Toksin Yang Banyak

    Biasanya penghidap masalah buah pinggang akan selalu berasa letih dan penat sepanjang hari . Ini adalah disebabkan oleh toksin dan bahan bahan kotor tidak dapat dibuang daripada badan melalui saluran yang betul . Oleh itu, toksin dan racun terkumpul di dalam badan dan terperangkap . Ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti diabetes , sakit jantung dan darah tinggi .


    Set Shaklee Yang Mampu Membantu Badan Letih Dan Lesu

    Vivix Shaklee

    Membantu untuk memperbaiki keadaan sel yang rosak menjadi baharu dan memberikan tenaga kepada bahagian anggota badan yang memerlukan . Malah , Vivix juga membantu untuk menstabilkan pengedaran ke seluruh badan.

    B Complex

    Mempunyai 8 jenis Vitamin B yang bertujuan untuk menukarkan glukosa yang dimakan untuk menjadi tenaga . Malah , B Complex juga membantu untuk mengawal stress dan tekanan yang dialami sekaligus menenangkan fikiran .

    Vitalea Shaklee

    Mempunyai rangkaian Iron -Formula yang bertujuan khas untuk mengangkut molekul molekul darah menggunakan haemoglobin . Sesuai untuk diamalkan oleh orang orang yang selalu mengalami masalah penat dan badan lesu terutamanya mereka yang menghidap anaemia .

    Jadi . jangan biarkan masalah badan letih ini terus memberi kesan dan impak kepada kecekapan kerja anda . Jom berikkhtiar dengan SET TENAGA SHAKLEE sekarang !