Punca Gusi Bengkak Dan Cara Atasi Supaya Kekal Sihat

13:56 0 Comments A+ a-



     Gusi bengkak kadang kadang sering melanda kebanyakkan kita sekarang .Memang seksanya hanya Allah yang tahu .Lagi lagi bila duduk jauh dari keluarga , dengan ubat yang tiada .Hanya bergantung pada air masak semata-mata .Bukan tak nak pergi klinik , tapi sangat tak sempat dengan jadual kelas yang sangat padat .Maka ,hari ini jom kita sama sama kenal pasti apa sebenarnya yang menjadi punca kepada berlakunya gusi bengkak tersebut .




Punca Gusi Menjadi Bengkak Dan Sakit

Gingvitis

     Gingvitis merupakan nama lain bagi radang gusi yang menyebabkan gusi menjadi bengkak dan iritasi .Biasanya , kita hanya memandang ringan terhadap berlakunya gingvitis ini tapi tahukah anda ? Gingvitis ini akan menyebabkan kita kehilangan gigi !

     Ia terjadi kerana kebersihan mulut yang kurang baik menyebabkan pertumbuhan plak pada permukaan gigi .Tapi ini tak bermakna anda jarang menggosok gigi tau ! Mungkin sedikit kesilapan teknik ketika memberus gigi ^^  Selalu kita dengar apa itu plak gigi ? Plak gigi ialah lapisan yang terdiri daripada panel bakteria dan juga partikel makanan yang menempel pada gigi sepanjang waktu .Jika plak tidak dibersihkan , maka ia akan menyebabkan radang gusi yang tidak boleh dibuang melalui flossing dan menggosok gigi .

Kehamilan 

     Hormon tubuh sewaktu hamil akan meningkatkan pengaliran darah di gusi , Dan hal ini menyebabkan gusi menjadi mudah untuk bengkak .Perubahan hormon juga dapat menganggu tubuh badan untuk melawan radang gusi ini dan akhirnya menjadikan gusi bengkak .

Kekurangan nutrisi

     Kekurangan vitamin terutamanya Vitamin B dan Vitamin C dapat menyebabkan gusi menjadi bengkak .Apabila kita kekurangan Vitamin C , secara tidak langsung akan memudahkan kita mendapat penyakit scurvy dan juga penyakit gusi .

Cara Atasi Gusi Bengkak Dengan Set Gusi Shaklee

Vitamin C Sustained Release

Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak dan sakit . Vitamin C berfungsi untuk mengurangkan radang gusi dan juga memperbaiki sistem pendarahan. Gusi memerlukan kolagen untuk ia menyokong pertumbuhan gigi . jadi , vitamin C berfungsi untuk membekalkan kolagen secara berterusan kepada gusi dan menjadikan ia lebih sihat.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium , manganese dan juga potassium yang bertujuan untuk membantu pertumbuhan gusi dan gigi yang sihat . Kalsium membantu untuk menyokong gusi supaya lebih kuat dan tidak mudah bengkak.

Jadi , untuk sesiapa yang selalu mengalami masalah gusi bengkak ini , wajib berikthiar dengan menggunakan Set Gusi Shaklee yang selamat , semulajadi dan sentiasa berkesan . Jangan tangguh lagi ! Jangan biarkan gusi bengkak anda terus menghantui anda seumur hidup ! Hubungi cik genius sekarang !