Punca Luka Lambat Sembuh Dan Cara Untuk Mengatasinya

20:43 3 Comments A+ a-

Assalammualaikum .

Luka boleh muncul disebabkan oleh pelbagai sebab dan alasan .Tapi , luka yang lambat sembuh sememangnya sangat menyukarkan kita .Nak kena jaga makan lagi supaya luka tersebut tak menyebabkan parut sementara mahupun parut kekal .



Tapi kita kena tahu dulu kenapa luka yang kita alami lambat kering dan sembuh .Mungkin sesuatu yang tidak betul di dalam badan kita telah mengganggu proses semulajadi ?Atau cara pemakanan kita yang tak betul ?

Antara Punca Masalah Luka Lambat Sembuh Dan Baik


  • Jangkitan Kuman 

Jika luka anda telah berjangkit dengan kuman,ia akan melambatkan proses penyembuhan. Doktor anda boleh merawat jangkitan kuman pada luka anda dengan ubat antibiotik.Jika ada berlaku pernanahan, kemungkinan doktor anda akan membuka luka tersebut dan membuang ccair nanah itu keluar.


  • Diet Yang Tidak Seimbang

Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk penyembuhan luka. Badan kita memerlukan lebih banyak kalori, vitamin A dan C, protein dan zink selepas berlakunya apa jua kecederaan .

Menurut kajian. makanan yang baik untuk dimakan semasa proses pemulihan termasuklah telur, kacang, brokoli, buah limau, daging merah dan tomato.


  • Trauma

Kesalahan yang biasa kita lakukan ialah dengan mengganggu luka tersebut . Mungkin disekitar luka tersebut menimbulkan reaksi gatal dan sebagainya . Kudis yang terhasil ialah merupakan kulit yang baharu . Jadi , jangan sesekali mencabut atau menggaru bahagian luka tersebut kerana kulit akan menjadi trauma dan lambat sembuh.


  • Merokok

Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko kanser malah ia juga boleh melambatkan proses penyembuhan luka. Menurut satu kajian ,nikotin di dalam rokok akan mengurangkan aliran darah ke kulit, yang boleh menghalang tisu yang cedera dari penyembuhan dengan betul.

Fasa Penyembuhan Luka Yang Orang Ramai Tak Tahu

Proses penyembuhan

Peringkat penyembuhan luka biasa termasuk tiga fasa:

Peringkat radang - saluran darah di bahagian yang luka akan mengecut untuk mengelakkan kehilangan darah manakala platelet pula(sel-sel pembekuan khas)akan berkumpul untuk membina segumpal darah.

Setelah pembekuan itu selesai, saluran darah akan berkembang semula untuk membolehkan aliran darah yang maksimum mengalir pada luka. Inilah sebabnya mengapa luka penyembuhan pada mulanya terasa panas dan kelihatan merah.

Sel darah putih akan mengalir pada kawasan itu untuk memusnahkan bakteria dan juga kuman yang berbahaya. Sel-sel kulit akan membiak dan berkembang di seluruh luka.

Peringkat Fibroblastic - kolagen merupakan serat protein yang menguatkan kulit dan mula berkembang dalam luka. Pertumbuhan kolagen akan menggalakkan bahagian luka untuk mengecilkan bersama-sama dan menjadi lebih rapat. Saluran darah yang mengecil pada bahagian luka akan menghasilkan sel kulit yang baru yang lebih  baik.


Peringkat Pemulihan - badan akan sentiasa menambah lebih banyak kolagen dan menapis kawasan yang cedera. Ini mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Inilah sebabnya mengapa parut cenderung untuk pudar dengan mengambil masa yang agak lama.

Sembuhkan Luka Dengan Lebih Cepat Menggunakan Set Luka Shaklee


  • Energising Soy Protein
Kandungan protein di dalam ESP dapat membantu badan dalam membaik pulih tisu yang telah rosak. Malah , protein juga dapat membantu dalam penghasilan kolagen untuk tulang yang kuat dan juga kulit yang cantik. 

Pengambilan protein dalam diet seharian dapat membantu untuk memulihkan parut luka dan juga luka yang lambat sembuh.Kekurangan protein dalam diet seharian merupakan salah satu punca untuk luka anda menjadi lebih lambat sembuh dan lambat kering.
  • Zinc Shaklee
Zink mineral adalah penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan dan juga membantu untuk proses metabolisme di dalam sel badan kita.

Dari segi penyembuhan luka, ia memberi manfaat kepada badan dengan membantu untuk mengekalkan struktur tisu kulit supaya kelihatan lebih sihat dan tegang.Kalau anda nak tahu , zink juga dapat membantu dalam proses pembahagian sel . Jadi sudah tentu hal ini dapat menyembuhkan luka anda dengan lebih cepat dan mudah.

Selain itu, ia memainkan peranan yang besar dalam fungsi imun. Sistem imun yang lebih kuat adalah penting untuk melawan unsur-unsur yang berbahaya dan, sebenarnya juga dapat mengelakkan jangkitan daripada kuman dan bakteria yang berbahaya.

Bukan itu sahaja tau , gabungan dua supplemen ini boleh menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik . Teringin nak cuba ? Nak tahu lebih lanjut ?Jom , hubungi je saya pada bila bila masa !!:)

Ataupun , anda nak beli sendiri set ini dengan lebih cepat pun boleh .Tinggal satu klik je lagi ;)

Menarikkan ?











3 comments

Write comments
terang
AUTHOR
21 January 2023 at 05:39 delete

salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair akibat kencing manis cuba wasap atau call saya en mohd zuhairi bin noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi luka tu cepat kering dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan mana yg gula tinggi pun kita boleh kawal bg rendah balik.jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang

Reply
avatar
Aman
AUTHOR
13 March 2023 at 02:32 delete

Berapa harganya tuan?

Reply
avatar