5 Tips Belajar Yang Berkesan Untuk Diamalkan Oleh Para Pelajar

04:35 0 Comments A+ a-

Assalammualaikum .

Seringkali kita tercari cari bukan tips belajar yang berkesan ?Mana tidaknya , dah rasa diri ini bertungkus lumus belajar pun masih tak dapat keputusan yang memuaskan .Entah di mana silapnya , tak dapat anda ketahui bukan ?Jeles tengok kawan kawan yang dapat result excellent ?Jangan risau !Belum terlambat untuk anda berubah .


Ketahuilah , tips ini telah saya sendiri amalkan dan rasai penangannya .Cehwahh .Hahaha .Harap bermanfaat ya :)

Cara Yang Betul Untuk Belajar 

1.Betulkan niat



Tekankan betul betul .Niat kita belajar biar kerana Allah . Mungkin ramai yang tak tahu apa maksudnya belajar kerana Allah .Mari saya terangkan .

Kita belajar , menuntut ilmu untuk membantu orang lain . Untuk membantu orang yang dalam kesusahan . Untuk belajar tentang sesuatu yang baru . Untuk mensyukuri nikmat Allah dan juga untuk mencari keredhaan Allah .Itulah niat yang sebenar benarnya.

Jangan hanya belajar untuk grades ya , atau untuk anugerah atau apa apa sahaja .Kalau kita utamakan Allah dalam kehidupan kita , In Sha Allah Allah akan permudahkan segalanya untuk kita .

2.Buat nota sendiri





Benda ni sangat penting !! Take note ya kawan kawan !Kenapa saya kata nota anda sendiri penting ialah kerana ketika dalam beberapa bulan atau minggu lagi nak exam , memang dah tak sempat untuk kita baca buku teks yang memang tebal tu . Bak kata kawan saya , buku teks di universiti tu ibarat BATU BERSURAT TERENGGANU.Hahaha .

Saya sarankan apa kata anda beli buku tulis yang dekat kedai tu .Asingkan ikut subjek ya . Lepas tu time dalam kelas atau kuliah tu , catat semua benda dalam tu . Saya kurang galakkan anda untuk gunakan testpad ketika dalam kelas . Sebab kalau saya biasanya separuh daripada tetspad tu saya akan guna untuk melukis .Hehe.

Tapi kalau nak guna kertas A4 atau testpad untuk membuat nota , make sure simpan dalam fail dalam keadaan yang teratur okey ?

3.Buat latihan dan kerja rumah 


Benda ini pun memang wajib anda buat !! Dulu saya memang pemalas nak buat homework (time zaman form 5) hehe . shh. Tapi penangan dia aduhai,memang meleleh air mata nak catch up balik tau .Ada sebabnya kenapa cikgu bagi kita latihan , homework , sebab biasanya itulah dia bentuk soalan , ataupun soalan ramalan yang akan keluar exam , In Sha Allah .Mostly , 90% of it really comes out in exam .

Dan dari latihan dan homework jugalah anda akan belajar dari kesilapan . Anda lebih terbuka dengan mana mana jenis soalan yang diberi . Siapa yang untung ??Cikgu ataupun anda ??

4.Fokus dalam kelas


Kalau anda tak fokus dalam kelas , nak belajar sendiri jangan lah harap . Pemahaman yang cikgu anda beri sangat berbeza dengan apa yang rakan anda beri dan juga apa yang diri anda kaji sendiri .

Ramai yang saya lihat, termasuklah juga dengan diri saya yang sentiasa leka ini ,
"Tak apalah , nanti aku catch up sendiri."

Masya Allah , say no no no !!

5.Ulangkaji yang secukupnya




Okay. Benda ni pun memang wajib anda buat . Kenapa ? Sebab , dalam kelas kita tak berapa nak faham sangat dengan apa yang madam atau cikgu kita ajar . Macam mana kita nak lebih faham ? Kita kena dan wajib semak dan lihat balik nota yang kita catat tadi dalam kelas .

See, nampak tak kepentingan buat nota sendiri .In Sha Allah , dalam entry yang lain akan saya kupaskan tips membuat nota yang In Sha Allah berkesan untuk otak kita :)

Tips tips lain seperti berdoa , menghormati guru . Itu memang sudah semestinya . Benda benda biasa sahaja semua itu .

Antara masalah lain yang seorang pelajar akan alami ialah seperti mengantuk , tidak suka subjek tertentu , malas dan sebagainya .

Jangan risau ! Ada tips lain nanti yang akan saya kongsikan dengan anda ! Stay tuned ya !! Sekiranya anda ada apa apa masalah ,apa apa sahaja , jangan segan segan hubungi saya !! Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda ya !

Ataupun anda nak menjana pendapatan dari rumah bersama saya ?? Jom hubungi saya ! Saya akan tunjukkan anda caranya :)