Showing posts with label Badan Cergas. Show all posts
Showing posts with label Badan Cergas. Show all posts

Tips Untuk Kelihatan Cergas Dan Ceria Sepanjang Berpuasa

 Ada sesetengah orang memang betul betul nampak 'pancit' apabila berpuasa . Sekiranya kita betul betul mengamalkan tips pemakanan yang sihat dan teratur, Ramadhan seharusnya menjadikan kita lebih baik dari bulan bulan yang lain sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.




Berpuasa di bulan Ramadhan tidak bererti bahawa kita harus memberhentikan kesemua aktiviti harian kita di bulan Ramadhan. Cuma, ada tips dan caranya yang perlu kita lakukan dan praktikkan untuk memastikan badan kita lebih bertenaga dan kita tak kelihatan begitu 'lembik' di bulan puasa.

Terutamanya untuk mereka yang perlu mengerah tenaga ketika waktu petang, seringkali terpaksa menahan ngantuk yang teramat .Ini berdasarkan pengalaman cik genius , tak pernah sekali pun hadapi waktu prep di sekolah dulu tanpa melelapkan mata di dalam kelas. Kawan kawan cik genius rata ratanya tidur di surau . Sayang masa terbazir begitu sahaja ,sepatutnya masa itu boleh digunakan untuk menyiapkan segala kerja yang tertunggak.

Memang kena puasa ke Syida ? Saya tengok bila awak puasa, awak nampak sangat letih . Macam menganggu je puasa ni? -Rakan cik genius ( Jangan salahkan beliau, beliau non-muslim )
Jadi, bila dah mula habis zaman sekolah, pemikiran pun semakin matang . Jadi, cik genius fikir ianya menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menunjukkan bahawa Islam itu indah dan seronok.Apa yang cik genius buat untuk atasi masalah ini?

  • Tak Skip Sahur Langsung. Walau penat macam mana pun , bila dah masuk universiti memang sinonim dengan tidur lambat , assignments dan macam macam lagi. Jadi, cik genius akan pastikan yang cik genius bersahur sekurang kurangnya dengan segelas air masak dan sebiji kurma.

  • Kurangkan Aktiviti Di Luar . Kadang kadang waktu petang, cik genius akan lepak duduk di court, tengok orang bersenam , ambil ambil angin, keluar beli barang dengan kawan kawan dan sebagainya . Tapi, untuk bulan puasa cik genius akan hadkan aktiviti yang boleh menyebabkan cik genius kehilangan tenaga yang banyak seperti banyak berjalan, terlampau kuat bersenam dan sebagainya.

  • Elakkan Makanan Dan Minuman Yang Manis. Waktu berbuka, cik genius memang jarang berbuka air manis. Kalau teringin sangat, maka cik genius akan beli atau bancuh sekali sekala dan itu pun ditambah dengan air masak untuk elakkan terlalu manis. Air manis ini boleh menyebabkan dehidrasi dalam badan.

  • Kurangkan Bercakap. Waktu bulan puasa ini, elakkan lah cakap benda yang tak elok . Cik genius akan banyak habiskan masa pada waktu siang untuk siapkan kerja yang tertungak dan settlekan semua laundry sebab cik genius tahu malam dah sibuk tarawih. Kalau penat sangat , cik genius akan lelapkan mata sekejap dalam 30 minit sebelum atau selepas Zohor. (Kadang kadang punyalah takut terbabas tidur, sanggup tidur kat kerusi meja belajar tu. Sakit pinggang nek jahhhh .) 


  • Pengambilan Air Masak Yang Mencukupi. Cik genius akan pastikan cik genius mengambil air masak yang cukup terutamanya selepas waktu berbuka. Setiap kali gap solat terawih, memang akan minum paling paling seteguk atau 2 teguk air masak. Pada bulan puasa ini, badan lebih mudah untuk kehilangan air pada waktu siang.
Itulah antara tips yang cik genius boleh kongsikan. Apa pun, ikut sunnah yang Rasulullah dah ajar. In Sha Allah mudah jadinya urusan seharian kita.

Tips Yang Bukan Lagi Menjadi Rahsia Dan Sememangnya Ianya Terbukti Berkesan



Set berpuasa yang terdiri daripada Mealshake, ESP Shaklee dan juga Performance Drink ini terkenal dengan gelaran Mighty 3 Gems. Set ini bertujuan untuk membantu :

  • Meningkatkan daya ingatan dan juga penumpuan terutamanya ketika bulan puasa
  • Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Membantu untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Memberikan sumber vitamin dan nutrien yang lengkap di dalam badan
  • Menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan mengelakkan masalah badan kurang air
Lihat apa kata rahsia beliau kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan .




    Anda boleh hubungi cik genius sekarang untuk mendapatkan Set Mighty 3 Gems anda yang boleh membantu anda untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan ini . Semoga dipermudahkan segala urusan untuk beribadah dan mencari keredhaanNya terutamanya di bulan yang mulia ini.



    Menu Sahur 3 Minit Yang Paling Mudah Untuk Kekal Cergas

    Syukur Alhamdulillah hari ini genap 8 hari kita berpuasa di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Memang tak dinafikan untuk menyediakan hidangan dan sajian pada waktu berbuka merupakan antara cabaran buat si ibu untuk memastikan setiap juadah itu mampu menarik perhatian seisi keluarga.



    Lagi lagi pada waktu sahur, ada yang liat betul nak bangun, dah tu memilih pula . Tak nak nasilah , nak air panaslah dan pelbagai ragam lagi. Sekiranya anda mempunyai masa yang agak mencukupi untuk menyediakan juadah buat mereka, paling paling pun goreng telur dan tuang kicap, mungkin itu tidak menjadi masalah.

    Namun, yang seringkali menjadi masalah ialah apabila jam penggera yang dikunci tidak pula berbunyi, kalau memang dah terbabas jauh memang tak mampu nak dilakukan apa apa lagi . Tetapi, jika anda masih mempunyai beberapa minit sebelum waktu Subuh, anda sempat untuk bersahur secara sihat sebenarnya !


    Ini betul betul kisah cik genius sewaktu di asrama UIA Petaling Jaya, dah kunci jam , tak tersedar pula. Sedar sedar sahaja masing masing dah kelam kabut ada yang baru nak masak air, ada yang baru nak cuci mukalah dan sebagainya . Bayangkan waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 5.20 pagi !
    Ini memang kenangan sungguh, macam satu row hostel tu bangun lambat sahur waktu tu ! Siap ada yang gosok gigilah apalah. Ah, jangan tak cik genius cuci muka ke tidak ya !  


    Tapi, cik genius relax sajalah , apa yang cik genius buat ialah :

    1.Ambil cawan dan tuang air sehingga separuh cawan.
    2.Masukkan 1 1/2 sudu ESP Shaklee
    3.Masukkan milo 3 in 1
    4.Kacau dan minum

    Mudah kan ? Ini memang sahur paling ekspress lah senang cakap. Malah, kelebihannya ialah ESP ini membantu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang berbuka puasa.Sangat membantu terutamanya untuk golongan yang :

    • Hamil
    • Menyusukan bayi
    • Pelajar
    • Orang yang bekerja
    • Tak makan pagi
    • Yang lambat bangun
    Boleh campur milo sahaja ke cik genius ? Oh tidak ! Banyak lagi menu yang boleh anda cuba dan olah mengikut kesesuaian dan kegemaran anda ! Hanya campurkan dengan bahan kesukaan anda , gaulkan atau blender bersama .Selamat mencuba !










    Antara Menu Yang Ringkas Boleh Dicuba Oleh Si Ibu Ialah :

    • Aneka sup seperti sup sayur,sup ayam dan sup ikan.
    • Telur dadar atau telur goreng
    • Ikan goreng
    • Sayur goreng atau kailan
    • Atau sediakan roti dan biskut untuk santapan seisi keluarga

    Tips tips jugak ya , sahur jangan skip pula !


    Alhamdulillah , apa kata kita rebut peluang ini untuk bersahur dan berpuasa dengan badan yang sihat dan cergas ? Akan datang, cik genius akan kongsikan tips untuk mengajak anak kecil bersahur di bulan Ramadhan. Orang putih kata, the more the merrier ;)

    Jadi , untuk mendapatkan Set Sahur Ramadhan yang boleh membantu memberikan tenaga berpanjangan kepada anda, cepat hubungi cik genius dengan segera. Wajib tahu bahawa ESP ini selalu out of stock ya !

    Rahsia Wanita Ini Berpuasa Dengan Cergas Walaupun Hamil





    Tips Berbuka Puasa Secara Sihat Agar Tidak Menganggu Keselesaan Perut

    Tiba di Bulan Ramadhan ini, mulalah setiap petang akan ada bazar yang dibuka. Rata rata masyarakat Malaysia memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan dan tak asing lagi apabila kebanyakkan daripada mereka membeli mengikut hawa nafsu dan keinginan masing masing.Menu yang sihat ketika berbuka puasa amat penting untuk kesihatan perut dan tubuh badan kita.



    Tanpa cara berbuka yang betul dan sihat, seseorang lebih mudah untuk mendapat masalah gastrik di bulan puasa namun begitu, hal ini boleh diatasi dengan Tips Mudah Untuk Mencegah Gastrik Terutamanya Ketika Di Bulan Puasa. Dan dengan itu, izinkan cik genius untuk berkongsi beberapa kesalahan yang kerap dilakukan ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan.

    • Berbuka Dengan Air Manis boleh menyebabkan tekak semakin haus dan badan mengalami dehidrasi. Kita disarankan untuk berbuka dengan segelas air masak dan juga beberapa biji kurma.Kurma memiliki kandungan potassium dan magnesium yang cukup untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan kita khususnya untuk menunaikan ibadah tarawih.

    • Minum Air Masak Dengan Sekali Teguk. Jangan tidak tahu, cik genius selalu mengamalkan kesalahan ini suatu ketika dahulu. Namun, ianya seringkali membuatkan perut berasa tidak sedap dan selesa.Hal ini disebabkan isyarat yang diterima oleh perut mengatakan ianya telah menerima makanan, maka perut menghasilkan asid yang berfungsi untuk mencerna makanan.Sedangkan, hakikatnya, ianya bukan makanan yang telah masuk ke perut , cumalah segelas air sahaja.

    • Makan Bagai Tiada Esoknya. Sesetengah orang makan memang berpinggan pinggan sekali makan sewaktu berbuka. Ada yang siap lepas makan nasi, terus makan kuih pula. Tak masuk lagi kalau ada cendol ke, ada mee ke, rojak ke.Akhirnya,belum maghrib lagi dah terbongkang.

    • Mengambil Makanan Yang Memberi Iritasi Pada Kulit Perut. Makanan yang berasid, pedas, dan masam menyebabkan perut menjadi lagi pedih dan tidak selesa. Sebaiknya berbuka dengan sesuatu yang ringan seperti sup ayam, sayur sayuran dan buah buahan seperti pisang, brokoli dan juga epal.

    Cadangan Set Shaklee Untuk Berbuka Puasa



    • Performance Drink Shaklee- Membantu untuk menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan juga membantu untuk mengatasi masalah dehidrasi terutamanya dalam bulan Ramadhan.
    • ESP Shaklee- ESP ini kebiasaannya dicadangkan untuk diambil ketika waktu sahur kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah membantu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengelakkan masalah kencing manis.
    • Meal Shake Shaklee-Minuman berperisa vanilla yang memberikan sumber vitamin yang mencukupi untuk keperluan badan kita dan membantu untuk melengkapkan sumber nutrien yang hilang sewaktu berpuasa.
    Lihat video ini bagaimana beliau mampu mengatasi masalah letih dan lesu ketika bulan puasa. Tak semestinya ibu hamil akan kelihatan lembik lagi lagi di bulan Ramadhan . Play video ini untuk tahu akan rahsia beliau!



    Menarik bukan ? Mari kita jadikan puasa di bulan Ramadhan ini sebagai suatu nikmat yang perlu sentiasa kita hargai. Hubungi cik genius untuk mendapatkan Set Berbuka Puasa yang anda harus ada di rumah untuk kesihatan seisi keluarga.




    Cara Mudah Untuk Membantu Anda Mengelakkan Gastrik Di Bulan Puasa

    Lagi tips menarik untuk cik genius kongsikan dengan anda semua terutamanya di bulan Ramadhan ini. Puasa dan gastrik sering dikaitkan bersama terutamanya dalam bulan Ramadhan. Dulu, cik genius selalu tertanya tanya adakah betul sekiranya seseorang itu mengalami masalah gastrik, dia tidak perlu berpuasa? Tapi, sekarang cik genius dah tahu rahsia besar untuk kita mengelakkan masalah gastrik di bulan puasa.


    Gastrik ini dapat dilihat melalui tanda-tanda seperti yang berikut:

    • Rasa loya dan ingin muntah
    • Sakit perut terutamanya di bahagian atas perut
    • Terasa perut berangin dan berasid
    • Rasa sebu
    • Sakit kepala
    Nota Kaki: Tips ini lebih sesuai diamalkan oleh mereka yang belum mengalami masalah gastrik atau hanya mengalami gastrik yang ringan . Untuk yang mengalami masalah gastrik yang agak kronik dan teruk, sila rujuk kepada doktor anda untuk rawatan dan juga konsultasi yang bersesuaian.

    Tips Untuk Elakkan Masalah Gastrik Khususnya Di Bulan Ramadhan

    • Amalkan Sunnah Nabi Muhammad. Berbuka itu dipercepatkan dan sahur itu dilambatkan.Apabila seseorang itu melambatkan berbuka, lagi banyak asid di dalam perut akan dihasilkan dan ianya boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam dinding perut.

    • Minum Air Dengan Beberapa Teguk. Disebabkan terlalu menahan haus, kebiasaan orang akan menghabiskan segelas air dengan hanya sekali teguk sahaja.Hal ini akan menyebabkan perut tersalah anggap dan mengeluarkan lebihan asid untuk mencerna makanan yang ditelan sedangkan perut hanya penuh dengan air.

    • Elakkan Makanan Yang Boleh Memedihkan Perut. Berbuka dengan makanan yang pedas, bergoreng, masam dan berasid seperti lemon, oren, limau nipis dan sebagainya.Perkara ini sekiranya dipandang remeh boleh menyebabkan masalah gastrik bertambah teruk dan parah.

    • Berbuka Dengan Kuantiti Yang Sedikit Tetapi Kerap. Selain dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme badan, tips ini juga membanu untuk mengelakkan masalah gastrik dan juga mengelakkan perut dari 'terkejut'. Disarankan untuk berbuka dengan tiga biji kurma dan seteguk air dan terus menunaikan solat Maghrib.

    • Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buahan. Pengambilan sayuran beralkali seperti brokoli, kekacang dan juga sawi boleh meneutralkan asid di dalam perut yang terhasil .Malah, tips ini juga boleh mengelakkan rasa sakit perut dan ketidakselesaan perut yang mungkin boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati.
    Atasi Gastrik Sepanjang Bulan Ramadhan



    Pengambilan Supplemen Untuk Masalah Gastrik

    • Ostematrix Shaklee yang kaya dengan magnesium dan kalsium membantu untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut . Ia juga membantu untuk mengelakkan masalah pedih ulu hati.

    • B Complex Shaklee bertindak sebagai painkiller yang membantu untuk menenangkan pesakit gastrik . Juga bertindak sebagai penghilang sakit yang sementara.

    • ESP Shaklee membantu untuk meneutralkan asid  di dalam badan kerana kandungan alkalinya yang tinggi.Juga, memberikan rasa kenyang yang lebih lama .

    • Performance Drink Shaklee membantu untuk mengelakkan masalah dehidrasi serta membantu untuk menyeimbangkan kandungan elektrolit di dalam badan.


    Mari kita lihat apa kata Puan Farahana yang menghidap masalah gastrik sejak 10 tahun yang lalu . Play video di bawah.




    Jangan kita jadikan gastrik sebagai satu alasan untuk tidak berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan.Di samping kita berdoa agar dipermudahkan urusan ibadah kita , kita juga mestilah berusaha untuk mengubah nasib kita seperti yang disebut dalam Firman Allah S.W.T :

    Aku tak akan mengubah nasib hamba-hambaku melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri [Ar-Rad:11]
    Hubungi cik genius sekiranya anda menyimpan hasrat untuk mengatasi masalah gastrik anda dengan Set Gastrik Shaklee terutamanya di bulan puasa ini. Ingat, sunnah Nabi itu sudah tentu mengandungi 1001 hikmah yang baik untuk setiap umatnya.




    Cara Latih Anak Berpuasa Dan Resepi Smoothies Enak Untuk Sajian Berbuka

    Coretan kali ini lebih bertujuan untuk perkongsian ibu bapa atau kakak dan abang di luar sana yang baru hendak melatih anak anak dan adik adik berpuasa di bulan Ramadhan . Juga untuk rujukan si penulis melatih dan mendidik anak anaknya berpuasa dan menunaikan rukun islam yang ketiga ini dengan mudah .



    Kanak kanak yang berusia seawal 6 tahun mengikut pendapat cik genius, sudah boleh dilatih untuk berpuasa. Mungkin ada sesetengah pihak yang beranggapan ianya terlalu awal buat mereka namun peribahasa pernah berbunyi "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pada awalnya memang agak sukar dan sangat menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa .

    Selalu kena pesan dalam hati , anak anak ini anugerah Allah dan kitalah yang bertugas sebagai pelukis untuk melakar dan mencorak corak kehidupan anak anak. Antara tips yang boleh kita amalkan dan praktikkan sejak awal lagi untuk anak anak ialah:


    • Letakkan Target Untuk Anak Anak
    Untuk hari pertama berpuasa , anak anak boleh diajar untuk berpuasa sehingga jam 10 pagi. Hari seterusnya, sehingga pukul 12 tengahari. Kemudian, selepas Zohor dan seterusnya. Tapi, sebelum benarkan mereka berbuka, tanya dulu agak agak mereka tahan tak? Boleh proceed tak? Jangan tunjukkan yang kita seolah olah memberi green light terus.Ini bertujuan untuk mengajar mereka untuk "push" diri mereka sendiri menahan rasa lapar dan dahaga.

    • Jangan Skip Sahur
    Kalau untuk yang dah dewasa, terskip sahur itu bukanlah alasan untuk kita tidak berpuasa melainkan atas alasan alasan tertentu yang membolehkan kita berbuka. Namun , untuk kanak kanak, pemikiran mereka sudah tentu tidak sama dengan kita yang dewasa. Sekiranya anda terskip sahur, bincang dengan anak anak, seperti tips yang pertama. Dan pastikan mereka mengambil karbohidrat dan kurma ketika sahur untuk memberi bekal tenaga sepanjang hari.

    • Terangkan Konsep Puasa Dan Sahur
    Ceritakan kepada mereka apakah hikmah sebenarnya di sebalik kita wajib berpuasa dan perlu bersahur. Tunjukkan kepada mereka kisah kisah tauladan yang mampu menyentuh hati mereka. Sekiranya kita terus sahaja mengajar mereka berpuasa atau dalam erti kata lainnya "paksa" , tanpa menerangkan konsep yang sebenar , puasa itu hanyalah sekadar tahan lapar dan dahaga tanpa dihayati oleh anak anak.

    • Tidak Meluangkan Masa Terlalu Banyak Dengan Aktiviti Luar
    Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang suka membawa anak anak bermain di taman atau membeli belah di shopping mall pada hari hari yang biasa. Namun, pada hari berpuasa, cuba kawal dan hadkan aktiviti di luar. Lagi lagi mak mak yang nak shopping baju raya, kalau boleh bersedia dari sebelum menjelangnya Ramadhan dengan bertujuan untuk memfokuskan Ramadhan dengan beribadah.(Oops,ibadah ibadah juga ya, kerja pun msti juga! Kan ibadah tu !)

    • Bagi Reward Untuk Anak Anak Yang Capai Target
    Konsep duit raya ini pada cik genius, tidak sepatutnya diterapkan untuk anak anak sejak kecil. Bukan tak boleh bagi duit langsung ya, tapi biarlah dalam amaun yang sedikit. .Buat ada ada lah orang kata kalau nak bagi anak pun kan ,tak adalah dia tengok saudara mara yang lain dapat tapi dia tak dapat. Kalau memang nak bagi lebih, terus straight masukkan duit raya itu dalam bank akaun anak.

    Lagi satu, untuk ganjaran anak anak yang berpuasa, ibu bapa mungkin boleh sediakan jus buah atau makanan serta minuman kegemaran anak anak. Di bawah ini cik genius kongsikan beberapa resepi yang mungkin boleh diolah dan diubahsuai mengikut umur dan citarasa anak anak.
















    Rahsia Untuk Seisi Keluarga Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan



    • Vivix Shaklee membantu untuk merangsang proses biogenesis untuk berlaku. Proses biognesis ialah pembentukan sel baru di mana ia merangsang pertumbuhan mitokondria di dalam sel .

    • ESP Shaklee mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39 dan ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

    • MealShake Shaklee memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berterusan dan mempunyai 19 vitamin utama yang penting untuk badan.

    • Performance Drink Shaklee membantu untuk menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan mengelakkan badan dari dehidrasi. Ia juga terkenal sebagai minuman isotonik yang berperisa oren tetapi tidak bergas.

    • Vitalea Shaklee mempunyai 28 mineral penting dan mempunyai asam pantothenic dan biotin yang berfungsi untuk mengurai lemak dan juga karbohidrat.










    Jadi, tunggu apa lagi ? Jom kita sama sama beralih dengan pengambilan makanan tambahan yang mampu membantu anda untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan badan yang cergas dan otak yang cerdas.

    Akhir kata, selamat berpuasa dalam Salam Aidilfitri . Semoga Ramadhan pada kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita sekeluarga.



    Tips Mudah Dan Terbaik Untuk Detoks Di Bulan Ramadhan

    Alhamdulillah ,kini sudah masuk hampir hari ke-5 untuk umat Islam berpuasa dan rasanya masih belum terlambat untuk cik genius mengucapkan Ramadan Kareem kepada semua rakan rakan Muslim cik genius.


    Happy Ramadhan Kareem to all <3
    Rata rata memang ramai yang cik genius dengar nak kurus sewaktu Ramadhan ,ya bagus dan tahniah sekiranya anda memiliki cita cita yang sedemikian . Jangan tak tahu , yang menulis ini pun ada simpan hasrat untuk itu juga.

    Puasa secara zahirnya merupakan proses detoksifikasi yang semulajadi untuk badan kita ,malah , ia juga membantu untuk 'detokskan' rohani kita sebagai seorang Muslim.Sewaktu proses detoks ini , perkara yang akan berlaku ialah bahan bahan racun dari dalam badan akan disingkirkan .Jadi, cik genius akan kongsikan beberapa tips untuk anda yang berhasrat hendak menurunkan berat badan terutamanya untuk kelihatan anggun di hari Aidilfitri nanti.

    Pemakanan Yang Anda Perlu Elakkan Sepanjang Bulan Puasa

    • Kafein , Si Pencuri Air
    Cuba elakkan pengambilan kafein selama bulan puasa ini kerana pengambilan kafein yang tinggi akan menyebabkan badan mnjadi letih kerana ia mengakibatkan air terhidrat(keluar) dari badan.
    Antara tanda yang boleh anda lihat apabila badan anda mengalami proses dehidrasi ialah bibir menjadi kering dan merekah serta kulit badan menjadi lebih kering.

    • Gula, Pencetus Selera Makan
    Memang menjadi tabiat apabila rata rata daripada kita ini suka berbuka dengan minuman manis dan juga kuih muih tradisional.Yelah, waktu inilah nak bershopping di bazar Ramadhan bukan? Satu tahun satu kali pula itu.Gula akan menyebabkan kita menjadi lebih lapar danlebih terasa dan teringin untuk makan makanan yang manis.

    • Katakan Tidak Pada Minuman Bergas
    Kadang kadang ada orang ini waktu berbuka lah sibuk nak minum air macam macam.Ada yang nak air Cocacola lah , Fantalah , dan lain lain. Perasan tak , kalau kita minum air manis khususnya air bergas , akan ada rasa macam nak tambah dan tambah .Sebenarnya , minuman bergas ini buatkan kita rasa lagi haus sebab ianya menyerap lebih banyak air dari dalam badan kita.

    Nak amalkan lagi tabiat yang biasa kita amalkan? Atau,anda terasa maxam nak mula berubah? Teruskan membaca lagi.

    Nak Kurus Dengan Mudah ? Amalkan Tips Di Bawah Ini

    • Minum Air Lemon
    Kadang kadang nak minum plain water sahaja pun memang liatkan. Apa kata selepas ini,mula sahaja waktu berbuka, minum secawan air masak yang direndam dengan lemon. Selain dapat membantu untuk mengempiskan perut, ia juga membantu untuk melancarkan sistem pencernaan kita.

    • Sayur Dan Buah Sebagai Peneman
    Sewaktu berbuka ini, janganlah banyak ambil fastfoods macam McD ke , KFC ke kan . Tapi , banyakkan ambil buah buahan dan sayuran ketika berbuka. Selain dapat memberikan tenaga untuk terawih,ia juga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada kita.

    • Ambil Supplemen Tambahan
    Kita kena tahu bahawa pemakanan sehairian kita sahaja tidak mencukupi untuk menutup lubang lubang nutrien dalam badan kita. Melalui pemakanan tambahan, badan kita akan mendapat nutrisi nutrisi yang diperlukan.

    Cadangan Supplemen Yang Disarankan Ketika Bulan Ramadhan


    1.Vivix Shaklee-Melancarkan peredaran darah dan membantu untuk mnghasilkan tenaga di dalam badan.

    2.Alfafa Shaklee-Sifat alkalinya membantu untuk meneutralkan darah yang berasid .

    3.Herblax-Membantu untuk melawaskan serta melancarkan proses pencernaan.Mampu melegakan masalah sembelit.Najis akan menjadi lebih lembut dan mudah disingkirkan.

    4.DTX Complex -Membantu untuk membersihkan hati dengan membersihkan hati dari sebarang toksin dan racun yang bahaya untuk badan.

    5.Peppermint Plus-Membantu untuk membuang angin berlebihan di dalam badan serta melegakan masalah penghadaman sekaligus membantu untuk membersihkan usus yang kotor.







    Jadi, tunggu apa lagi ? Setiap kejayaan anda pada masa akan datang bermula dengan langkah pertama ! Ingat , perut adalah sumber kepada segala penyakit. Jom kita detoks , untuk buang segala racun dan toksin yang merosakkan tubuh badan kita.

    Yang paling menarik , cik genius akan guide anda dari hari pertama hingga hari ke tujuh detoks plan kita. Macam mana cara guide tu?  Nak cerita public, nanti dah tak ekslusif pulak, yedok ! Shaklee with cik genius will be always the exclusive one !